Friday November 3, 2017
5:20 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

3 NOVEMBER — Sejak kebelakangan ini, kes kehilangan kanak-kanak di dalam negara kita sangat meresahkan terutama kepada ibu bapa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyatakan bahawa seramai 723 kanak-kanak dilaporkan hilang di negara ini sepanjang tempoh enam bulan hingga Jun lalu.

Berdasarkan statistik yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), purata sekurang-kurangnya empat kanak-kanak hilang setiap hari yang mana separuh jumlah itu berumur antara 13 hingga 15 tahun.

Dalam hal ini, walaupun ibu bapa turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan anak mereka, namun penculikan sering terjadi di tempat awam di mana pihak polis boleh mengambil tindakan dengan perbanyakkan rondaan, intipan dan sebagainya.

Namun, setakat hari ini pihak polis tidak menunjukkan sebarang komitmen yang serius untuk membanteras masalah ini yang dipercayai didalangi oleh sindiket.

Perkara ini bukan baru berlaku dan saya melihat ianya seolah-olah seperti menjadi satu fenomena di negara ini.

Sekiranya pihak berkuasa di Malaysia lambat mengambil tindakan menangkap atau membanteras penculikan yang semakin berleluasa, tidak mustahil negara ini akan menjadi seperti negara Columbia dan beberapa negara lain yang digelar “Ibu negara Penculikan Dunia”.

Jika kejadian seumpama ini berlaku, ianya akan menyebabkan trauma berpanjangan kepada mangsa dan keluarga malah boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Justeru, saya ingin menggesa kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah penculikan ini.

Bagi mengekang kejadian penculikan terutama membabitkan kanak-kanak, kerjasama antara pihak kementerian dan PDRM perlu giat dilakukan untuk menjalankan risikan dan mengenal pasti individu atau sindiket yang dipercayai melakukan jenayah culik ini.

* Lee Chean Chung adalah wakil rakyat DUN Semambu dan ketua penerangan Angkata Muda PKR.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Artikel-artikel berkaitan

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline