Last updated Saturday, April 29, 2017 11:58 pm GMT+8

Tuesday March 7, 2017
9:23 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

7 MAC — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan polemik terkini yang dicetuskan oleh kerajaan Korea Utara.

Abim amat prihatin terhadap keputusan terkini kerajaan Korea Utara yang menahan warganegara Malaysia daripada meninggalkan negara tersebut.

Sesungguhnya keputusan diplomatik yang dikeluarkan kerajaan Korea Utara ini jelas hanya memburukkan keadaan dan sama sekali tidak akan menyelesaikan polemik membabitkan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar kerajaan dapat memanfaatkan setiap kemampuan serta saluran diplomatik untuk menyelesaikan ketegangan diplomatik terkini yang dicetuskan Korea Utara tanpa mengkompromikan kedaulatan serta keselamatan negara.

Dalam keadaan ini Abim menyeru seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti untuk warganegara kita yang masih berada di Korea Utara.

Abim juga menganjurkan rakyat Malaysia untuk berdoa bagi keselamatan mereka.

Umat Islam turut diseru untuk menganjurkan solat hajat sebagai ikhtiar bersama.

* Mohamad Raimi Ab Rahim merupakan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline