Saturday August 5, 2017
3:50 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

5 OGOS — PAS menyambut baik cadangan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) untuk memperkasa institusi itu selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Langkah ini bertepatan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sebagai mana termaktub dalam perlembagaan negara.

Mahkamah syariah merupakan institusi kehakiman paling awal wujud dalam negara ini, dan perkembangannya terhenti setelah negara dijajah oleh Britain yang telah mencabut akar umbi kepada kekuatan syariat Islam.

Usaha memperkasakan mahkamah syariah ini diharap akan dapat mengatasi puluhan kes yang tertunggak di mahkamah syariah disebabkan kekurangan kakitangan, hakim serta kemudahan yang sangat terhad kini.

Semoga usaha ini akan berjaya meletakkan martabat mahkamah syriah di tempat yang lebih baik.

* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah timbalan presiden PAS.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline