Friday October 20, 2017
10:15 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

20 OKTOBER ― Trend ekonomi yang tidak seimbang, pendapatan yang tidak selaras dengan kos sara hidup kini, terpaksa menjelaskan pelbagai bil, pinjaman dan cukai antara punca rakyat Malaysia tidak mempunyai baki wang untuk simpanan masa hadapan.

Kajian Jabatan Perangkaan mendapati pendapatan isi rumah bulanan purata bagi negara ini meningkat 6.2 peratus kepada RM6,958 pada 2016 daripada RM6,141 pada 2014. 

Namun, secara tuntasnya, itu bukanlah ukurannya apabila jumlah perbelanjaan isu rumah bulanan purata turut meningkat daripada RM3,578 pada 2014 kepada RM4,033 pada 2016 iaitu peningkatan sebanyak 6 peratus.

1.            Rakyat Malaysia khususnya yang berpangkat rendah tidak dapat menyimpan wang setiap bulan selepas membelanjakannya untuk keluarga kerana pendapatan mereka tidak seiring dengan kos sara hidup yang meningkat.

Malahan, lebih 76 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menghadapi masa sukar atau “kecemasan”. Hanya 6 peratus mempunyai cukup wang untuk meneruskan hidup lebih enam bulan pada waktu kecemasan atau tempoh susah. Manakala bagi 18 peratus lagi, wang mereka boleh bertahan untuk lebih tiga bulan sahaja.

2.            Kebanyakan rakyat kita tidak membuat persediaan mencukupi untuk menghadapi “kecemasan” seperti diberhentikan kerja dan sakit menyebabkan mereka menghabiskan wang simpanan dalam masa singkat.  

Bagi saya, simpanan ini sebenarnya ada kaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan. Jika perbelanjaan naik tetapi pendapatan tidak meningkat secara berkadaran, maka ia tidak akan berlaku penyimpanan.

3.            Pendapatan purata bagi setiap individu jatuh sebanyak 15 peratus daripada AS$10,345 pada 2013 kepada AS$8,821 pada 2016 telah menunding arah kepada perancangan kewangan yang lemah bukanlah punca utama rendahnya kadar simpanan.

Terdapat faktor lain yang mengundang kepada situasi ini, seperti kenaikan harga barangan termasuk makanan, produk dan perkhidmatan isi rumah.

4.            Maka dengan pelbagai masalah kewangan, hari tua yang sepatutnya dinikmati dengan tenang bersama anak cucu akan menjadi amat memeritkan dan huru-hara kerana dalam usia yang lanjut itu ada yang terpaksa mencari kerja atau berniaga kecil-kecilan untuk meneruskan sisa-sisa hidup. Sedangkan hari tua adalah satu fasa kehidupan untuk berehat.

Ada di kalangan ibu bapa juga terpaksa membuat pinjaman tambahan untuk menampung perbelanjaan harian. Apatah lagi anak-anak mereka juga turut terhimpit dengan hutang yang berat seperti pinjaman kenderaan, rumah, pendidikan dan sebagainya. 

5.            Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang mencukupi sebanyak RM196,800 atau lebih untuk menampung kehidupan mereka sepanjang tempoh persaraan.

Realiti persaraan hari ini agak menyedihkan apabila daripada 6.7 juta pencarum KWSP yang aktif itu, hanya 65 peratus daripada mereka mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan. 

Pesara memerlukan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan amaun ini tidak mencukupi melainkan mereka bebas daripada hutang atau mempunyai simpanan lain.

6.            Nampaknya bukan golongan pekerja sahaja menjadi mangsa kegagalan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malah kesemua rakyat turut terkesan. 

Sudahlah dipaksa membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sepatutnya memberi banyak wang kepada kerajaan tetapi nampaknya sejak dilaksanakan cukai ini, rakyat semakin terbeban dan ditekan.

* Datuk Abd Halim Hussain adalah mantan speaker Pulau Pinang dan ketua cabang PKR Balik Pulau.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat peribadi Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline