Last updated Sunday, March 26, 2017 8:51 pm GMT+8

Friday March 17, 2017
6:28 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

17 MAC — Usaha untuk mencari adik Lam Kim Ming, berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang pada Jun 2016 perlu dipergiatkan oleh pihak PDRM.

Penculikan seperti ini tidak wajar berlaku bila masa Malaysia menghadapi cabaran menangani soal keselamatan kanak-kanak yang kian membimbangkan.

Encik Lam Ah Coy telah mencari dan membuat beberapa laporan polis menjejaki anaknya tetapi masih tiada sebarang tindakan.

Beliau mengesyaki bekas isterinya, Nadia Kristiani, seorang warganegara Indonesia, yang merupakan ibu kandung anaknya, telah melarikan adik Lam Kim Ming setahun yang lalu tanpa pengetahuan dirinya.

Pada 27 Disember 2011, Nadia Kristiani telah melarikan adik Lam Kim Ming buat kali pertama.

Pada waktu itu, Lam Kim Ming berusia lima bulan. Namun, berjaya ditangkap oleh polis daerah Rawang.

Bagaimanapun, adik Lam Kim Ming dibawa lari buat kali kedua pada 30 Jun 2016 dan tidak berjaya dijumpai sehingga hari ini.

Nurul Izzah bersama Lam Ah Coy, bapa kepada adik Lam King Ming dalam satu sidang media. Nurul Izzah bersama Lam Ah Coy, bapa kepada adik Lam King Ming dalam satu sidang media. Kali terakhir, Lam Ah Coy mengesan anaknya di sekitar kawasan Jinjang, Kepong. Encik Lam Ah Coy mencari anaknya lebih daripada 16 tempat di sekitar Kuala Lumpur, tetapi masih gagal.

Encik Lam Ah Coy bimbang anaknya yang kini berusia 5 tahun, masih tidak bersekolah dan hal ini akan memberi kesan kepada masa hadapannya kelak.

Justeru, kami menggesa agar usaha mencari adik Lam Kim Ming dilakukan serta-merta demi keselamatan dan masa hadapannya.

Kami memohon pihak PDRM menggunakan kepakaran dan teknologi yang serba canggih untuk mengesan lokasi suspek dalam mencari status serta kedudukan adik Lam Kim Ming.

Tindakan ini membantu dalam mempercepatkan usaha mencari dan menyelamat adik Lam Kim Ming yang berlarutan hampir setahun.

Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri perlu bekerjasama mengesan Nadia Kristiani supaya tidak membawa Lam Kim Ming keluar ke Indonesia.

Langkah ini bagi menjamin nyawa dan keselamatan Lam Kim Ming daripada bahaya risiko pemerdagangan kanak-kanak, dan memastikan pertelingkahan antara ibu bapa tidak memudaratkan anak-anak.

* Kenyataan bersama ini dikeluarkan oleh Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline