Monday October 3, 2016
7:10 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

3 OKTOBER — Adakah anda perasan bagaimana lebih banyak anda belajar, lebih banyak anda menyedari betapa sedikit yang anda tahu? Ini adalah sebahagian daripada pandangan dan pemikiran yang dikaitkan dengan Socrates dan Plato. 

Tidak kisah lah siapa yang memberi kenyataan tersebut, yang penting adalah kenyataan tersebut telah di nyatakan dan perlu difahami.

Socrates pernah berkata “ouk imae idenai, ah mae oido” yang bermaksud “lagi banyak anda tahu, lagi banyaklah anda tahu yang anda tidak tahu”.  William Blake menyatakan dengan lebih baik: “Lagi luas pulau pengetahuan saya, lagi luaslah pantai kejahilan saya”.

Tidak kira dimana, samada pendidikan di Malaysia atau di mana sahaja di dunia, mereka yang memiliki kertas kelayakan yang lebih tinggi akan menjadikannya seseorang lebih berpengetahuan dan dipandang hebat.

Ia merupakan impian semua untuk mempunyai PhD sebagai keperluan untuk laluan kerjaya. Ahli politik dan tokoh pendidikan menggesa rakyat Malaysia untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dan juga ijazah berganda demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Para graduan juga tahu bahawa mempunyai ijazah sarjana muda tidak mencukupi, mereka mesti meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Persoalannya, adakah mempunyai dan memperolehi  tambahan kelayakan pendidikan itu lebih baik dan menjadikan seseorang itu lebih terlihat keintelektualannya? Dengan kos tuisyen dan pengajian yang melambung, kita hanya mampu memikirkan samada pengetahuan dibilik darjah diperlukan atau boleh digunakan untuk pelaksanaan dialam pekerjaan dan menjadi satu keperluan atau hanya sekadar mempelajarinya.

Ramai mahasiswa meneruskan pengajian tanpa menerokai pasaran kerja dan mendapat pengalaman dunia sebenar. Mereka memilih untuk meneruskan persekolahan dan menambah hutang yang disebabkan oleh kekurangan prospek pekerjaan dan berfikir bahawa laluan yang terbaik untuk mereka menambah kertas kelayakan. Mereka merasakan dengan lebih kelayakan boleh memberikan mereka kelebihan yang mereka perlukan untuk mengetepikan persaingan dan mereka mungkin betul.

Pemegang ijazah sarjana muda kini menyeragamkan keperluan pendidikan asas, dengan mengambil  ijazah lanjutan, dan secara tidak langsung mendiskaunkan nilai ijazah sarjana muda dan diploma.

Kita tidak boleh membuat anggapan bahawa, ‘lagi tinggi kelayakan pendidikan seseorang itu, lebih hebatlah seseorang itu’. Apa yang penting ialah kualiti pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kebolehan seseorang itu mengikut keadaan dan persekitaran dan mampu menterjemahkan apa yang dipelajari .

Namun tanpa pendidikan tertinggi tentunya mengambarkan ketidakupayaan dan kekurangan, lebih lagi dalam pelbagai kerjaya seseorang, terutama dalam era teknologi yang memberi kesan terhadap pasaran tenaga kerja kolar putih.

Bagi mereka yang tidak takut untuk meneroka dan belajar, dasar pemikiran atau paradoks ini akan menjadi jelas. Hasrat dan keinginan anda untuk memperolehi dan mendapatkan pengetahuan akan menjadikan anda sangat kecewa. Setiap perkara yang baru anda pelajari akan membawa anda ke satu lagi perkara yang baru, dan seterusnya.

Lebih banyak anda dimaklumkan, lagi banyak perkara yang tersembunyi yang perlu dicari dan didedahkan.

Adalah mustahil untuk mengetahui segala-galanya dan yang menjadikan kehidupan begitu menarik. Ia juga menjadi penyesalan terbesar bagi diri kita kerana tidak mengetahui apa yang boleh dipelajari jika kita masih hidup lebih lama.

Tiada apa lagi yang menyedihkan dan dikesalka , tetapi jika memang benar apa yang mereka katakan tentang kehidupan. Sambil kita melopong , kita imbas kembali  semua perkara yang telah kita pelajari. 

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat The Malay Mail Online

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline