Last updated Thursday, February 23, 2017 1:10 pm GMT+8

Tuesday January 3, 2017
6:30 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

3 JANUARI ― Dengan pelaksanaan kurikulum yang disemak semula pastinya proses pengukuran, pengujian, penilaian dan penaksiran akan lebih banyak tugasan para pendidik harus dan mesti dilakukan .

Banyak juga pandangan mengenai ‘pengujian’ adalah tidak baik untuk pembelajaran,  pelajar menjadi tertekan, moral guru menurun dan suasana persekolahan kurang  produktif namun ia diterima sebagai benar tanpa bukti.

Penyataan dan tentangan terhadap ‘pengujian’ dan semua masalah yang berkaitan dengannya telah mendorong kepada-spekulasi mengenai “ujian” seolah-olah ada sahaja yang tidak kena dengan sistem pendidikan di Malaysia.

Roediger, seorang ahli psikologi kognitif di Universiti Washington mengkaji bagaimana otak pemikiran manusia dan mendapati bahawa, “dengan mengambil ujian, ia boleh memberi kesan positif yang lebih besar kepada penaakulan berbanding dengan mengulangkaji sesuatu pembelajaran.”

Pelajar yang ingin menghafal maklumat harus cuba untuk mendapatkan semula maklumat daripada kenangan mereka sendiri dan bukannya mengulang kaji pembacaan berulang kali daripada nota atau teks.

Ujian membolehkan pelajar untuk melihat sejauh mana tahap daftar pengetahuan dan  maklumat mereka.

Kebanyakan ujian termasuk ujian berpusat, direka untuk mengukur kadar pengetahuan atau kebolehan.

Ujian berpusat dikatakan berbentuk ‘sumatif dan statik’, di mana ia mengukur jumlah pengetahuan atau keupayaan pelajar pada satu ketika dan tempoh masa.

Ujian sumatif tidak membenarkan pendidik mendapat maklum balas ketika ujian dijalankan dan ia tidak bertujuan untuk membentuk pengajaran masa depan.

Oleh itu, tidak ada pembelajaran berlaku semasa atau kesan daripada ujian yang dijalankan.Ujian atau penilaian formatif dijalankan untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan tidak tahu untuk membentuk pengajaran semasa dan selepas ujian.

Pengujian  formatif tidak bermaksud untuk hanya mengukur pengetahuan tetapi untuk mendedahkan jurang pengetahuan penilaian semasa supaya guru boleh menyesuaikan pengajaran masa depan yang sewajarnya dan membolehkan pelajar untuk membentuk usaha mereka sendiri untuk mengetahui maklumat yang mereka terlepas.

Pendidik perlu menggunakan penilaian formatif seawal dan sekerap mungkin di dalam kelas untuk memantapkan unit pembelajaran semasa daripada menunggu sehingga akhir dan memberi penilaian sumatif.

Ia adalah merupakan penilaian berterusan yang paling berkesan untuk pembelajaran, di mana pelajar dapat manfaatnya kerana sentiasa didedahkan dengan amalan pembelajaran.

Pelajar juga tidak digalakkan untuk belajar di saat akhir untuk menghadapi peperiksaan.

Penaksiran berpusat juga dikatakan memberi tekanan yang tinggi kepada pelajar dan pendidik.

Hasil keputusan skor penaksiran berpusat boleh menjejaskan prestasi sekolah,  pekerjaan dan pengajaran pendidik atau masa depan pelajar sendiri.

Kecenderungan untuk berlakunya penyelewangan dan penipuan dalam penaksiran juga  boleh meningkat terutamanya bagi pengajar mahir dalam penaksiran.

Penilaian formatif adalah suatu cadangan yang harus digunakan memandangkan  apabila pelajar didedahkan dengan amalan berterusan ia akan membuat pelajar terbiasa dan menjadikannya satu utiliti peningkatan pengajaran.

Apabila pendidik mendedahkan pelajar kepada kekerapan dan kepentingan pengujian bagi mendedahkan jurang dan memupuk penglibatan berterusan dalam pembelajaran, pelajar diberi lebih pemilikan dan kuasa terhadap pendidikan mereka.

Penilaian berterusan memerlukan pelajar untuk sentiasa melibatkan diri mereka dalam pembelajaran; mereka akan sentiasa bersedia untuk menghadapi apa saja bentuk penaksiran termasuklah kuiz, ujian, kerja kursus, tutorial dan peperiksaan.

* Azizi Ahmad adalah seorang pendidik.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline