Sunday October 8, 2017
10:33 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

8 OKTOBER — Mengikut laporan yang diterbitkan oleh Institut Fraser Kanada pada 28 September lalu, skor kebebasan kehakiman Malaysia telah menurun.

Laporan itu menunjukkan penurunan prestasi dalam subkategori “kebebasan kehakiman”. Malaysia memperoleh 6.59 mata pada 2014, jatuh kepada 6.01, manakala bawah “keadilan mahkamah” terdapat penurunan, daripada 6.93 mata kepada 6.67 mata.

1. Tanggungjawab bagi membentuk badan kehakiman yang bebas adalah tanggungjawab semua rakyat.

Setiap rakyat sememangnya memerlukan keadilan dan kesaksamaan bagi mendapatkan keputusan yang telus daripada badan kehakiman untuk diadili sesuatu kes atau masalah.

2. Mahkamah perlu mempunyai sifat kebebasan dalam melaksanakan tanggungjawab menegakkan keadilan tanpa perlu merasa takut atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Hakim-hakim perlu bebas menumpukan segala tenaga mereka untuk mencari keadilan meskipun keputusan yang bakal dibuat mendatangkan kesan negatif kepada pihak berkuasa.

Para hakim sepatutnya memiliki keberanian untuk menentang sebarang campur tangan dan berani untuk menyatakan kepada badan eksekutif supaya tidak mengganggu fungsi kehakiman.

3. Keruntuhan kewibawaan sistem kehakiman akan menghilangkan kepercayaan sehingga memusnahkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran perundangan.

Sekiranya mahkamah tidak lagi diharapkan untuk melindungi orang yang tidak bersalah dan menyelamatkan mangsa-mangsa kezaliman, ke mana lagi rakyat hendak mencari keadilan?

4. Jika rakyat merasakan mahkamah tidak dapat melindungi atau menegakkan hak mereka, mereka tidak akan menghormati badan-badan seperti institusi kehakiman.

Akhirnya, rakyat akan mencari jalan lain bagi mendapatkan keadilan yang dituntut sehingga mengakibatkan keruntuhan sistem undang-undang negara yang akan membawa kesan kepada negara dan masyarakat.

* Jimmy Puah adalah timbalan pengerusi PKR Johor dan wakil rakyat Bukit Batu. Beliau juga pengerusi Biro Guaman Pakatan Harapan negeri.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.

Artikel-artikel berkaitan

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline