Wednesday October 25, 2017
4:37 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

25 OKTOBER ― Bagi pembentangan belanjawan 2018 tidak lama lagi, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dengan ini menyatakan sokongan terhadap belanjawan yang berteraskan hak asasi manusia, bagi memastikan keberkesanan terhadap kesedaran hak asasi manusia, khususnya dari aspek ekonomi, sosial dan budaya.

Belanjawan kebangsaan adalah teras kepada polisi dan perancangan negara. Justeru, kerajaan harus memberikan komitmen terhadap pelbagai aspek kesedaran hak asasi manusia dalam belanjawan ini.

Suhakam dengan ini mengesyorkan:

i. Belanjawan negara akan mengecewakan banyak pihak sekiranya ia gagal memberi keutamaan terhadap kesaksamaan hak dalam bidang-bidang yang penting seperti pendidikan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira kewarganegaraan mereka; penjagaan kesihatan; perumahan dan pekerjaan.

ii. Memastikan sumber kewangan yang mencukupi bagi peruntukan dana pelarian dan pencari suaka, dengan mengambil kira keadaan semasa di Rakhine dan juga populasi mereka di Malaysia.

iii. Memastikan sumber kewangan yang mencukupi untuk pengurusan pusat-pusat tahanan termasuk juga dari aspek penambahbaikan infrastruktur, nutrisi pemakanan, kesihatan dan keselamatan, pelantikan doktor perubatan di setiap fasiliti termasuk juga aspek kebersihan.

iv. Memastikan keperluan spesifik Orang Kurang Upaya (OKU) terutamanya pematuhan standard selaras dengan visi negara sebagai sebuah negara maju yang memenuhi keperluan untuk semua orang.

v. Memastikan peruntukan yang mencukupi kepada Orang Asli/Asal bagi kesedaran hak mereka kepada tanah.

vi. Memastikan peruntukan kewangan terhadap pemeriksaan berkala secara percuma dan imunisasi kepada anggota penguatkuasa termasuk polis, imigresen, pegawai penjara, tentera dan pasukan keselamatan negara.

* Tan Sri Razali Ismail adalah pengerusi Suhakam.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline