Monday October 23, 2017
11:06 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

23 OKTOBER ― Kebimbangan Pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terhadap generasi muda kini yang terlalu cetek pemahaman, hilang minat dan kurang pengetahuan terhadap institusi beraja adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius.

Tidak lagi seperti anak-anak muda terdahulu yang memandang institusi beraja sebagai ‘payung’ agama bangsa dan negara, kini nilai itu dilihat semakin terhakis sekaligus menyebabkan jati diri anak muda terhadap perlembagaan negara semakin malap.

Lebih buruk lagi apabila media sosial yang menjadi “hidangan” harian generasi baru hari ini membolehkan mereka memberi komen secara terbuka terhadap institusi beraja.

Sangat menyedihkan apabila terlalu ramai anak muda khususnya orang Melayu sendiri yang bukan sahaja tidak mendalami fungsi dan pentingnya institusi beraja malah ramai yang tanpa segan silu mempertikaikan tanggungjawabnya serta melemparkan kata-kata kesat yang menghina institusi tersebut.

Justeru, Pemuda Umno Pahang menyeru agar Kementerian Pendidikan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu mata pelajaran khas berkenaan institusi beraja supaya generasi muda akan datang tidak lagi memperlekehkan institusi ini malah menghormatinya sebagai satu institusi yang memayungi kita.

Jalan ini dilihat yang terbaik bagi memastikan institusi beraja terus dihormati dan dapat menjalankan tanggungjawabnya menjaga kesucian agama Islam di negara ini dan menjaga hak keistimewaan orang Melayu sampai bila-bila.

*Shahar Abdullah ialah ketua Pemuda Umno Pahang.

*Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline