Monday June 12, 2017
10:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

12 JUN — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemberian dekoder percuma kepada 4.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pemberian dan pengunaan dekoder ini sebahagian daripada projek peralihan sistem penyiaran daripada analog kepada digital. Harga dekoder tersebut sebanyak RM199.

Persoalannya apakah pemberian dekoder percuma dengan kos yang besar boleh membantu menyelesaikan hidup rakyat khususnya 4.2 juta penerima BR1M?

Rakyat kini tertekan dengan kenaikan kos sara hidup akibat harga barang keperluan meningkat naik angkara GST tetapi kerajaan Umno-Barisan Nasional seperti langsung tidak menghiraukan penderitaaan rakyat.

Pemberian BR1M sebanyak RM1,200 setahun atau RM3.28 sehari tidak pun dapat mengubah kehidupan rakyat yang makin terbeban, inikan pula dekoder yang tidak boleh menjadi juadah berbuka puasa serta penerima BR1M terpaksa juga menanggung kos pemasangan dengan harga RM180.

Perbelanjaan dekoder percuma yang diberi kerajaan berdasarkan harga RM199 X 4.2 juta bersamaan RM834 juta, satu angka yang sangat besar tetapi tidak membantu penerima BR1M keluar daripada bebanan hidup yang menghimpit kehidupan mereka sekeluarga.

Jika Malaysia mempunyai perdana menteri yang bijak berfikir untuk rakyat, sudah tentu dengan RM834 juta itu, Malaysia boleh mendapatkan 18,533 mesin dialisis bagi membantu pesakit buah pinggang yang memerlukan.

Dengan RM834 juta juga, Malaysia boleh membiayai pembinaan 27,800 buah rumah bagi orang miskin yang tiada rumah dengan harga RM30 ribu sebuah atau memberi bantuan RM10 ribu sebuah bagi membaiki 83,400 buah rumah daif di luar bandar.

Kerajaan juga sepatutnya memilih menggunakan wang RM834 juta itu untuk membantu pembiayaan pendidikan kepada pelajar IPT daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah supaya mereka tidak terus terbeban dengan hutang.

Malang untuk Malaysia kerana memiliki perdana menteri umpama musang yang akan menghabiskan ayam satu “lau” (reban) dan menteri daripada “parti kabinet dapur” (Umno-BN) yang “berotak selut dan belemoih dengan korupsi”.

Rakyat pun rasa pelik apabila lain yang diminta dan diharapkan oleh rakyat, lain pula yang diberikan oleh kerajaan.

* Datuk Mahfuz Omar adalah ahli parlimen PAS bagi Pokok Sena

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline