Thursday October 26, 2017
6:58 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

26 OKTOBER ― Saya tidak tahu mahu gelak atau marah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa GST bukan sahaja berjaya mengelakkan Malaysia mengalami kemelesetan akibat kejatuhan harga minyak dunia pada tahun 2014, namun menjadikan ekonomi negara terus berkembang.

Secara umumnya, GST telah memberi kesan kepada semua golongan termasuk golongan pertengahan dan juga miskin kerana kebanyakan barangan utama telah dikenakan cukai tersebut sejak dilaksanakan pada April 2015.

Perlaksanaan GST menyebabkan kuasa beli rakyat semakin menurun kerana kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat di mana ekonomi rakyat juga terancam apabila GST dilaksanakan, semua lapisan masyarakat terpaksa membayar cukai yang ditetapkan.

Di kala harga barangan naik, gaji pula tidak selaras dengan kenaikan tersebut. Bagaimana mereka mahu membeli barang keperluan?

Malah, banyak juga rungutan para peniaga daripada sektor perusahan kecil dan sederhana yang terpaksa menutup perniagaan kerana tidak mampu lagi menampung kos GST dan pelanggan kurang berbelanja.

Cukai tidak popular ini tidak pun membantu rakyat di kala kerajaan mengutip GST hampir RM42 bilion setahun, subsidi komoditi rakyat seperti minyak, minyak masak, gula dan beras ditarik balik dan peruntukan sektor asas pendidikan dan kesihatan dipotong. Mengapa ini terjadi?

Saya juga tertanya-tanya dan ingin tahu ke mana hasil minyak tatkala harganya melonjak naik telah dibelanjakan selama ini? Adakah kebanyakannya dibelanjakan untuk pengurusan dan operasi sahaja?

Najib juga mendakwa pembangkang mahu mansuhkan GST tetapi tidak beri cadangan bagaimana kami akan menggantikan RM42 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu.

Saya sarankan Najib untuk melihat kepada Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2018 yang dilancarkan semalam oleh Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam.

Kita telah memperincikan bagaimana dengan penjimatan pengurangan pembaziran dan rasuah serta lonjakan kutipan cukai peniagaan ekoran pemulihan kuasa beli mampu mengganti hasil dari cukai GST tersebut.

* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah ketua pemuda Pakatan Harapan.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline