Monday January 22, 2018
12:03 PM GMT+8

Lagi berita

Dimakan bersama nasi dan ulam, ayam bakar di gerai Adi G di Jalan Sultan, Petaling Jaya menarik ramai peminatnya. — Foto ihsan Facebook/Adi G Ayam Bakar Station PJDimakan bersama nasi dan ulam, ayam bakar di gerai Adi G di Jalan Sultan, Petaling Jaya menarik ramai peminatnya. — Foto ihsan Facebook/Adi G Ayam Bakar Station PJKUALA LUMPUR, 22 Jan — Walau merancang menamatkan kerjaya sebagai penyanyi hujung tahun ini, Altimet tetap rancak menyiapkan lagu dalam albumnya.

Tidak ketinggalan penyertaannya dalam Anugerah Juara Lagu bulan depan memberi kelainan menerusi Amboi bergenre hip hop.

Altimet, nama popular Ahmad Abdul Rahman, berkongsi kepada ProjekMMO minggu lalu lokasi makanan kegemarannya di sekitar Lembah Klang.

Penyanyi Cantek memilih memulakan hari dengan bersarapan di rumah atau menikmati nasi lemak di mana-mana warung berhampiran.

Penyanyi hip hop Altimet menikmati secawan kopi di Pantry by Pots di Jalan Tampoi, Johor Baru. — Foto ihsan Instagram/Altimet Penyanyi hip hop Altimet menikmati secawan kopi di Pantry by Pots di Jalan Tampoi, Johor Baru. — Foto ihsan Instagram/Altimet Tiada pilihan khusus, Altimet gemar mencuba pelbagai lokasi sarapan bagi memberi sokongan kepada peniaga makanan tempatan.

Bagaimanapun, lokasi makan tengah harinya lebih tertumpu di gerai Ayam Bakar Adi G di Jalan Sultan, Petaling Jaya, tidak jauh dari mahkamah.

“Makanan di situ ringkas dan saya rasa murah, berlainan tetapi sedap. 

“Saya makan ayam bakar bersama nasi, ulam-ulaman, sup dan sambal belacan. Itu sudah cukup dinikmati bersama air kosong,” katanya.

Pelanggan sedang menikmati hidangan di Ayam Bakar Adi G di Medan Selera Kompleks C, Petaling Jaya. — Foto ihsan Facebook/Adi G Ayam Bakar Station PJPelanggan sedang menikmati hidangan di Ayam Bakar Adi G di Medan Selera Kompleks C, Petaling Jaya. — Foto ihsan Facebook/Adi G Ayam Bakar Station PJAyam Bakar Adi G terletak di Medan Selera Kompleks C dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 3 petang.

Selain harga berpatutan, pelanggan yang berkunjung pada Jumaat diberikan air percuma bersama hidangan ayam bakar mereka.

Altimet berkata pada sebelah malam, dia cenderung menikmati hidangan bersama ibu sebelum 7 petang kerana mahu menjimatkan wang.

Sup iga, atau tulang rusuk, menjadi pilihan Altimet di restoran Warung Leko, yang terkenal dengan ayam penyet dan iga penyet. — Foto ihsan Facebook/Warung Leko at The CurveSup iga, atau tulang rusuk, menjadi pilihan Altimet di restoran Warung Leko, yang terkenal dengan ayam penyet dan iga penyet. — Foto ihsan Facebook/Warung Leko at The CurvePenyanyi Seru ini bagaimanapun berkata ada masanya dia akan berkunjung ke Warung Leko di The Curve Damansara untuk menikmati menu pilihannya.

“Di sana yang sedap ayam penyet atau iga [rusuk] penyet. Tetapi di sana saya makan iga bakar dan sup iga. Ditambah pula dengan tauhu telur memang sedap.

“Saya suka bawa keluarga makan di sana,” katanya, menceritakan restoran itu yang terletak di tingkat satu The Curve.

Restoran yang berasal dari Indonesia itu pernah dikunjungi selebriti seperti Syafie Naswip, Miera Liyana dan Iqram Dinzly.

Iklan

Iklan

MMO Instagram