Tuesday January 16, 2018
11:27 AM GMT+8

Lagi berita

Tauhu goreng, satu hidangan istimewa di Warung Saga, Jalan Mahmoodiah di Johor Baru. — Foto ihsan Facebook/Warung SagaTauhu goreng, satu hidangan istimewa di Warung Saga, Jalan Mahmoodiah di Johor Baru. — Foto ihsan Facebook/Warung SagaPETALING JAYA, 16 Jan — Setia menemani pendengar dengan pilihan lagu syahdu dan meruntun jiwa, DJ Lin bukan nama baharu yang perlu diperkenalkan.

Lin, nama popular Roslinda Abdul Majid, kini terus gah meneraju Suria FM selepas stesen radio popular itu sudah ke udara sejak 10 tahun lalu.

Berasal dari Johor Baru, Lin berkesempatan berkongsi menu dan lokasi kegemarannya kepada pembaca setia ProjekMMO.

Pengurus program Suria FM ini tidak berfikir panjang apabila ditanya lokasi sarapan terutama di sekitar bandar raya itu yang menjadi tumpuan ramai.

Laksa Johor di Warung Saga, sebuah restoran yang sering dikunjungi ramai. — Foto ihsan Instagram/Warung SagaLaksa Johor di Warung Saga, sebuah restoran yang sering dikunjungi ramai. — Foto ihsan Instagram/Warung Saga"Kalau saya pulang ke Johor, saya akan makan bersama keluarga di Jalan Mahmoodiah, ada gerai yang besar terletak di situ.

"Waktu pagi dihidangkan soto, nasi lemak dengan lauk ayam, sotong dan kerang. Ada juga lontong kering dan paru goreng yang pengunjung mesti cuba," katanya.

Warung Saga sememangnya menjadi salah satu lokasi popular di Johor Baru.

Diasas sejak 1986, ia dibuka dari 6.30 pagi setiap hari kecuali Jumaat dengan menyediakan masakan panas sehingga ke tengah malam.

 

Beliau juga menggemari mi rebus Haji Wahid dekat Plaza Angsana di bandar itu.

Beralih ke hidangan tengah hari, selera Lin lebih tertumpu di restoran-restoran popular di ibu kota yang lazim menjadi tumpuan pengunjung

Beliau suka menikmati nasi beriani di Restoran Mahbub, Bangsar. Selain beriani, pilihannya peria goreng, ayam goreng, ayam kurma atau ayam madu.

Seperti pilihan beberapa selebriti lain yang ditemui ProjekMMO, Lin juga berkunjung ke restoran Sambal Hijau di Sungai Penchala.

Stik daging di Maria's Steak Cafe. DJ Lin menyarankan penggemar stik mencuba hidangan di sini. — Foto ihsan Facebook/Maria's Steak CafeStik daging di Maria's Steak Cafe. DJ Lin menyarankan penggemar stik mencuba hidangan di sini. — Foto ihsan Facebook/Maria's Steak CafeBeliau memilih hidangan Barat di sebuah restoran di Bangsar untuk makan malam. Malah, beliau menyarankan pembaca mencuba sendiri chicken chop.

“Saya juga suka makanan Barat dan saya akan ke Maria’s Steak Cafe. Chicken chop di sana sangat sedap. Memang saya galakkan ke sana," katanya.

Dibuka dari 10.30 pagi hingga 10.30 malam, restoran di Jalan Maarof ini mempunyai dua lagi cawangan: Damansara Perdana dan Ipoh.

Iklan

Iklan

MMO Instagram