Monday November 13, 2017
10:42 AM GMT+8

Lagi berita

Pendatang baru yang cepat popular Wany Hasrita memilih roti canai di waktu pagi dan masakan ala Thai di waktu malam. ― Foto ihsan Instagram/Wany Hasrita Pendatang baru yang cepat popular Wany Hasrita memilih roti canai di waktu pagi dan masakan ala Thai di waktu malam. ― Foto ihsan Instagram/Wany Hasrita KUALA LUMPUR, 13 Nov ― Sebut sahaja nama penyanyi Wany Hasrita, pasti ramai membayangkan lagu mendayu-dayu Menahan Rindu yang sering ke udara.

Wany, nama popular Nurshazwany Hasrita Hasbullah, bukan sahaja handal di pentas nyanyian namun baru saja bergelar graduan sains perubatan Ogos lepas.

Memiliki suara merdu, wajah jelita dan berkelulusan tinggi, apa pula juadah harian pilihan Wany yang ingin dikongsikan kepada pembaca ProjekMMO?

Penyanyi Rintihan Rindu ini, yang diikuti sejuta peminat di Instagram, tidak memilih lokasi bersarapan.

Asalkan dapat menikmati roti canai di mana-mana restoran mamak sudah cukup mengalas perutnya di waktu pagi.

Masak lemak daging salai kegemaran utama penyanyi baru Wany Hasrita yang sering ke Resipi Sang Dewi di Cheras. ― Foto ihsan Facebook/Resipi Sang Dewi Masak lemak daging salai kegemaran utama penyanyi baru Wany Hasrita yang sering ke Resipi Sang Dewi di Cheras. ― Foto ihsan Facebook/Resipi Sang Dewi Berbeza pada waktu tengah hari, Wany berkata restoran pilihannya Resipi Sang Dewi yang terletak di Taman Connaught, Cheras di sini.

Wany, 25, berkata restoran kakak ipar Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menjadi pilihannya sejak kecil kerana menyediakan pelbagai jenis hidangan.

“Saya dari kecil makan di situ kerana banyak pilihan makanan pada waktu tengah hari.

“Lauk kegemaran saya daging salai masak lemak cili api. Sebut pun sudah buat saya lapar,” katanya, dengan nada penuh teruja.

Restoran milik Rozi Abdul Razak terletak di sebelah belakang pasar raya besar Giant Taman Connaught.

Beberapa pelanggan menikmati makanan di restoran Resipi Sang Dewi di belakang Giant Taman Connaught. ― Foto ihsan Facebook/Resipi Sang DewiBeberapa pelanggan menikmati makanan di restoran Resipi Sang Dewi di belakang Giant Taman Connaught. ― Foto ihsan Facebook/Resipi Sang DewiMenyediakan pelbagai masakan Melayu tradisi dan ala Thai, restoran ini beroperasi dari Isnin hingga Sabtu bermula 9.30 pagi hingga 7 petang.

Beralih ke hidangan malam, Wany tidak mempunyai restoran pilihan untuk dikongsikan namun cita rasanya lebih ke arah menu restoran Siam.

“Saya biasanya akan pesan nasi putih, telur dadar, tomyam sotong dan daging goreng kunyit,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline