Thursday February 1, 2018
6:33 PM GMT+8

Lagi berita

Roti canai semurah 50 sen masih ada, dijual peniaga Rozaini Abu di Kampung Tengah, Segamat, hampir dua bulan lalu. – Foto oleh CK LimRoti canai semurah 50 sen masih ada, dijual peniaga Rozaini Abu di Kampung Tengah, Segamat, hampir dua bulan lalu. – Foto oleh CK LimSEGAMAT, 1 Feb — Bukan sedikit pelanggan yang terkejut apabila mengetahui masih ada roti canai berharga 50 sen pada zaman ini.

Namun, realitinya roti canai semurah itu masih ada dijual, sekurang-kurangnya dilakukan peniaga Rozaini Abu di Kampung Tengah di sini, hampir dua bulan lalu.

Memang Rozaini, turut mahir menebar roti di udara, menyimpan hasrat menjual makanan itu pada harga demikian kerana mahu mencari rezeki halal sambil beramal, lapor Kosmo!.

Hasrat pasangan Rozaini dan isteri Rosidayu Mat Ali, 38, tertangguh sejak dua tahun lalu tetapi memulakannya sebaik saja mendapat tapak sesuai.

“Saya nekad memulakan perniagaan selepas ditawarkan tempat oleh bapa angkat saya berikutan penyewa kedainya sebelum ini tidak lagi mahu berniaga,” katanya.

Lelaki asal Durian Tunggal, Melaka berharap jualan roti dengan harga itu “tidak membunuh” perniagaan orang lain walau keuntungan kecil diterimanya.

Selain roti canai, Rozaini turut menjual roti telur, roti sardin, roti planta, roti bomm, roti power cheese dan roti sardin king dengan harga berpatutan.

Selain roti canai biasa, menu lain juga ada. Sebut saja, roti telur, roti sardin, roti planta, roti bom, roti power cheese mahupun roti sardin king.— Foto ihsan Facebook/Pai ChowSelain roti canai biasa, menu lain juga ada. Sebut saja, roti telur, roti sardin, roti planta, roti bom, roti power cheese mahupun roti sardin king.— Foto ihsan Facebook/Pai ChowTerjual 500 keping roti canai sehari, Rozaini, dibantu isteri dan tiga pekerja, turut menyediakan khidmat pesanan ke rumah pelanggan.

Namun bapa kepada empat anak ini, tidak membenarkan setiap pelanggan membungkus lebih 20 keping selepas jam 9 malam, bagi memastikan lebih ramai menikmatinya.

Operasi kedainya bermula jam 5 petang hingga 11 malam setiap hari kecuali Jumaat.

Rozaini Abu memulakan perniagaan roti canai sebaik sahaja ditawarkan tempat oleh bapa angkatnya. — Foto ihsan Facebook/Pai ChowRozaini Abu memulakan perniagaan roti canai sebaik sahaja ditawarkan tempat oleh bapa angkatnya. — Foto ihsan Facebook/Pai Chow

Iklan

Iklan

MMO Instagram