Monday November 6, 2017
10:12 AM GMT+8

Lagi berita

Sepinggan nasi, burung puyuh goreng, sup dan sambalnya yang istimewa, dilenyek di atas batu penggiling. ― Foto ihsan Facebook/Nurul Aini Sepinggan nasi, burung puyuh goreng, sup dan sambalnya yang istimewa, dilenyek di atas batu penggiling. ― Foto ihsan Facebook/Nurul Aini BUKIT MERTAJAM, 6 Nov ― Keenakan nasi burung puyuh Sarjan Ali di sini menjadi bualan ramai sehingga kesedapannya disebut-sebut hingga ke Kulim, Kedah.

Istimewa sepinggan set ini ― nasi, burung puyuh goreng saiz sederhana, sup ― pada sambalnya yang dilenyek di batu penggiling, lapor Metro Ahad.

Rosli Md Nor membuka restoran di Taman Guar Perahu di sini sejak 2006 setiap hari, kecuali Ahad, antara jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

“Pada awalnya, hasilnya sekadar empat hingga lima puyuh sehari,” kata Sarjan Li, yang menambah modal permulaan sebanyak RM50,000.

“Tetapi berkat kesabaran, alhamdulillah akhirya perniagaan ini mula berkembang dan menunjukkan perkembangan positif.”

Dengan harga RM7 sepinggan, bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu memerlukan 4,000 ekor puyuh sebulan atau 150 hingga 200 ekor sehari.Cendol special ― gabungan hijau, merah jambu, krim putar dan kacang ― berharga RM5 di Warong Hijra, Jitra. ― Foto ihsan Facebook/Warong HijrahCendol special ― gabungan hijau, merah jambu, krim putar dan kacang ― berharga RM5 di Warong Hijra, Jitra. ― Foto ihsan Facebook/Warong Hijrah

Sementara itu, bagi peminat cendol pula, anda boleh rasa cendol merah jambu di Warong Hijrah, di Pekan Air Hitam, Jerlun, lapor akhbar sama semalam. 

Warung milik Mohd Lokman Omar, 24, di Jalan Kangar-Alor Star, yang mewarisi perniagaan keluarganya, turut menyajikan hidangan bihun sup.

“Sebenarnya, ia sama seperti rasa hijau pandan itu, cuma warnanya yang menarik minat orang ramai untuk mencubanya,” katanya.

“Saya juga mencampur sekali cendol hijau serta merah jambu dalam satu hidangan cendok dan ramai pelanggan yang datang ke warung saya akan memesan cendol campuran.”

Harga semangkuk cendol biasa RM2.50; yang spesial ― gabungan cendol hijau, merah jambu, krim putar dan kacang ― berharga RM5.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline