Monday October 30, 2017
2:24 PM GMT+8

Lagi berita

Pengunjung awal yang bertuah menikmati nasi kandar semurah RM1 sepinggan di LC Restoran Kampung Baru, Kuala Lumpur 30 Oktober 2017. ― Foto oleh Miera ZulyanaPengunjung awal yang bertuah menikmati nasi kandar semurah RM1 sepinggan di LC Restoran Kampung Baru, Kuala Lumpur 30 Oktober 2017. ― Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR, 30 Okt ― Buat pertama kali LC Restoran Kampung Baru menawarkan hidangan nasi kandar dengan hanya RM1.

Seawal jam 10 pagi tadi, orang ramai sudah mula beratur panjang untuk menikmati hidangan empat menu iaitu nasi putih, ayam, sayur, dan air sirap yang harga asalnya RM8.30.

“Atas dasar rasa keadaan ekonomi masyarakat Malaysia terutamanya yang bergaji RM2,000 ke bawah, kami memberi peluang hidangan nasi kandar asal Pulau Pinang dengan harga yang rendah,” kata pengarah restoran Salim Madinah.

“Kita buat sebagai satu kebajikan.”

Salim berkata promosi hanya ditawarkan pada hari ini sahaja kepada 400 pengunjung awal tanpa mengira bangsa dan kerakyatan.

“Insya Allah bulan depan kita akan buat semula tawaran RM1. Pada masa sama kami masih meneruskan promosi hidangan setiap Isnin dan Jumaat dengan harga RM5.30,” katanya.

Ragu Ananthan (kiri) dan rakan sekerja K Saraswathy membayar RM1 sahaja untuk makan tengah hari, 30 Oktober 2017. ― Foto oleh Miera ZulyanaRagu Ananthan (kiri) dan rakan sekerja K Saraswathy membayar RM1 sahaja untuk makan tengah hari, 30 Oktober 2017. ― Foto oleh Miera ZulyanaPengunjung restoran Ragu Ananthan, 52, berkata dirinya bertuah dapat menikmati hidangan nasi kandar dengan hanya RM1.

“Saya rasa gembira. Tidak sangka dapat makan lauk begini. Biasanya kami bayar dengan harga RM5 ke atas,” katanya, seorang pekerja Alam Flora.

Rakan sekerjanya K Saraswathy, 38, berharap promosi ini diteruskan lagi supaya ramai golongan pekerja sepertinya dapat menikmati makanan harian dengan harga yang rendah.

“Sekurang-kurangnya dengan harga begini dapat menjimatkan kos makanan tengah hari dan perbelanjaan bulanan kami,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline