Friday October 13, 2017
2:37 PM GMT+8

Lagi berita

Sambutan memberangsangkan, harga satu hidangan nasi ganje di Restoran Nasi Ganje Pendang, Kedah hanya RM5. — Foto ihsan Facebook/Nasi Ganje PendangSambutan memberangsangkan, harga satu hidangan nasi ganje di Restoran Nasi Ganje Pendang, Kedah hanya RM5. — Foto ihsan Facebook/Nasi Ganje PendangPENDANG, 13 Okt — Resepi rempah ratus sendiri menjadi kekuatan restoran Nasi Ganje Pendang hingga menarik pelanggan dari luar Kedah.

Mulanya berniaga di gerai tepi jalan, sambutan ramai mendorongnya membuka restoran, dikunjungi 200 pelanggan sehari, termasuk dari Johor dan Kelantan.

Nasi kuning dan ayam goreng berempah dijual semurah RM5 sepinggan dengan tiga jenis kuah iaitu kari, masak hitam dan dalca, lapor Sinar Harian semalam.

“Saya guna rempah rekaan sendiri untuk memasak nasi dan juga ayam goreng,” kata pengusahanya Mohd Yusdie Kishor, 26, yang pernah menjadi tukang masak.

Beliau pernah bekerja di dapur hotel-hotel di Langkawi dan Qatar, masing-masing selama dua tahun.

“Saya merantau untuk mencari pengalaman dan alhamdulilah pengalaman tu saya guna untuk meniaga nasi ganje ini,” kata Yusdie lagi.

Restorannya di tengah pekan ini dibuka setiap hari pada jam 12 tengah hari hingga 12 malam kecuali Rabu.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline