Monday January 15, 2018
1:51 PM GMT+8

Lagi berita

Nasi dagang Terengganu yang menarik perhatian, dengan gulai tongkol yang dipenuhi cili dan belimbing buluh. — Foto-foto oleh Azneal IshakNasi dagang Terengganu yang menarik perhatian, dengan gulai tongkol yang dipenuhi cili dan belimbing buluh. — Foto-foto oleh Azneal IshakSUBANG JAYA, 15 Jan — Nasi dagang, dengan gulai ikan tongkol, satu hidangan pagi yang wajib di pantai timur terutama Terengganu.

Namun agak sukar mencari nasi dagang Terengganu yang betul-betul asli dan sedap mengikut cita rasa negeri itu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Tetapi masalah tersebut selesai jika anda berkunjung ke Subang Jaya, ada kedai yang menjual nasi dagang rasa sebenar negeri Darul Iman.

Warung Nasi Dagang Terengganu milik Hasmah Sulong, 58, sudah dibuka sejak 18 tahun lalu. Ia terletak di Jalan SS 19/6C.

Penyanyi terkenal Sheila Majid pernah singgah di sini, menikmati keenakannya. Penulis blog makanan The Food Ranger, Trevor James, pernah sampai di sini.

Berasal dari Kampung Tebauk, kini dalam daerah baru Kuala Nerus, Hasmah Sulong bersama dua hidangan istimewanya: nasi dagang (kiri) dan nasi minyak (kanan).Berasal dari Kampung Tebauk, kini dalam daerah baru Kuala Nerus, Hasmah Sulong bersama dua hidangan istimewanya: nasi dagang (kiri) dan nasi minyak (kanan).Dibuka seawal 7.30 pagi sehingga 1 tengah hari setiap Sabtu dan Ahad, pelanggan boleh meletak kenderaan di kawasan parkir di sebelah warung.

Namun ruang parkirnya memang terhad. Ramai pelanggan terpaksa meletak kereta di tepi kedai-kedai berhampiran untuk menikmati hidangan ini.

Menurut Hasmah, warungnya sentiasa penuh dari pagi sehingga ada di antara pelanggannya terpaksa menunggu untuk dapatkan meja.

"Nasi dagang memang paling dicari, setiap minggu buka sahaja, kedai penuh orang datang.

"Itu yang kadang-kadang pukul 10 pagi lebih sudah habis," katanya tersenyum.

Dua pekerja Warung Nasi Dagang Terengganu sibuk melayan permintaan pelanggan, yang tidak putus-putus ke sini untuk menikmati juadah ini.Dua pekerja Warung Nasi Dagang Terengganu sibuk melayan permintaan pelanggan, yang tidak putus-putus ke sini untuk menikmati juadah ini.Nasi dagang air tangan Hasmah, yang berasal dari Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, dihidangkan dengan gulai ikan tongkol dan acar timun.

Hidangan lain yang turut menjadi pilihan termasuklah nasi minyak dengan gulai daging atau ayam masak merah.

Nasi minyak, atau nasi hujan panas, satu lagi hidangan Terengganu yang dinikmati sepanjang waktu, dari pagi sampai malam.

Harga juadah tersebut dengan lauk: nasi dagang gulai ikan RM9 dan nasi minyak gulai daging atau ayam masak merah juga RM9.

Kuih-muih seperti ropa, keropok lekor, pulut kuning (juga disebut nasi kunyit), pulut kelapa, ketupat palas dijual sekitar RM3 ke atas.

Tiada meja dan kerusi yang kosong, pelanggan sentiasa memenuhi Warung Nasi Dagang Terengganu. Siapa cepat, dia dapat. Tiada meja dan kerusi yang kosong, pelanggan sentiasa memenuhi Warung Nasi Dagang Terengganu. Siapa cepat, dia dapat. Buat mereka yang belum pernah ke sini, kalau anda dari Persiaran Tujuan, belok ke Jalan SS 19/6, kemudian belok ke Jalan SS 19/6C, pasti jumpa.

Warung Nasi Dagang Terengganu terletak di hujung Medan Selera SS19, dekat kawasan perumahan, restoran Jin Zhou dan Hong Leong Bank.

Warung Hasmah hanya 400 meter dari Sekolah Kebangsaan SS 19 di Jalan SS 19/6. Lebih mudah, guna sahaja aplikasi peta Google atau Waze di telefon anda.

Anda boleh menyemak Facebook: Warung Terengganu Subang Jaya atau hubungi 017 365 1526 dan 016 231 3940 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Pemidang di sisi Warung Nasi Dagang Terengganu yang mempromosi hidangannya.  Pemidang di sisi Warung Nasi Dagang Terengganu yang mempromosi hidangannya.

Iklan

Iklan

MMO Instagram