Monday February 12, 2018
11:26 AM GMT+8

Lagi berita

Nasi beriani gearbox kambing antara sajian yang menarik pelanggan ke restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh dan Durian Tunggal, Melaka. — Foto ihsan Facebook/Nasi Beriani RoketNasi beriani gearbox kambing antara sajian yang menarik pelanggan ke restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh dan Durian Tunggal, Melaka. — Foto ihsan Facebook/Nasi Beriani RoketKUALA LUMPUR, 12 Feb ― Nasi beriani gearbox kambing menjadi tarikan utama ke restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh, Melaka.

Pengasas bersamanya Siti Hafiza Abdul Manaf, 31, berkata setiap hari lima ekor kambing digunakan berikutan permintaan tinggi orang ramai.

"Idea buat beriani gearbox kambing ini daripada pemilik Md Othman Salamon ketika pergi beli barang di pasar," katanya kepada ProjekMMO minggu lepas.

"Dia beli sedikit gearbox, bawa balik dan tanya boleh ke kita buat beriani gearbox supaya ada kelainan berbanding kedai-kedai lain? Lepas itu jadi."

Md Othman Salamon berdiri di sebelah silinder kukusan yang berbentuk roket di restorannya Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh, Melaka. — Foto ihsan Facebook/Rusazalizawati ZamzuriMd Othman Salamon berdiri di sebelah silinder kukusan yang berbentuk roket di restorannya Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh, Melaka. — Foto ihsan Facebook/Rusazalizawati ZamzuriMembuka restorannya dekat Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Othman, 57, sebelum ini seorang pengusaha katering untuk kenduri kahwin.

Menurut Hafiza lagi, nasi beriani mereka ― dengan slogan "sekali rasa pasti mengigau" ― dimasak dengan rempah terpilih dan berkualiti tinggi.

Sepinggan nasi beriani gearbox kambing berharga RM12. Manakala nasi beriani lain: ayam RM8, daging RM8 dan ayam goreng rempah juga RM8.

Nasi beriani ayam goreng dijual RM8 di restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh dan cawangannya di Durian Tunggal, Melaka. — Foto ihsan Facebook/Nasi Beriani RoketNasi beriani ayam goreng dijual RM8 di restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh dan cawangannya di Durian Tunggal, Melaka. — Foto ihsan Facebook/Nasi Beriani RoketBeroperasi sejak 26 Februari 2017, restoran kini didatangi pengunjung bukan saja dalam negara, malah ada dari Singapura dan Brunei.

Dibuka 11.30 pagi hingga 7 malam, lebih 800 pinggan nasi beriani terjual pada hari biasa, manakala 1,000 pinggan di hari minggu.

Beberapa bulan lalu, berita restoran ini menular kerana nasinya dimasak menggunakan kukusan silinder yang berbentuk seakan-akan roket.

Peminat nasi beriani beratur panjang di restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh, Melaka 4 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/Syuaib ShukorPeminat nasi beriani beratur panjang di restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh, Melaka 4 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/Syuaib ShukorMereka juga menyediakan perkhidmatan katering untuk keraian dan jamuan. Alamatnya: 17-1, Jalan Kota Fesyen 1, MITC, Ayer Keroh.

Cari Nasi Beriani Roket di aplikasi peta Google atau Waze di telefon anda. Ia mempunyai cawangan di Lot PT 2 Jalan Besar, Durian Tunggal.

Semak Facebook dan Instagram: Nasi Beriani Roket atau hubungi 013 716 2411, 017 724 1497 dan 012 678 5747 untuk pertanyaan lanjut.

Iklan

Iklan

MMO Instagram