Wednesday November 1, 2017
3:10 PM GMT+8

Lagi berita

Datuk Seri Najib Razak (duduk, lima kanan) menikmati sarapan ikan temenung dan tongkol di Kuala Kedah, 1 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Mini RTC Seberang KotaDatuk Seri Najib Razak (duduk, lima kanan) menikmati sarapan ikan temenung dan tongkol di Kuala Kedah, 1 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Mini RTC Seberang KotaKUALA KEDAH, 1 Nov — Datuk Seri Najib Razak hari ini bersarapan dengan juadah istimewa gulai ikan temenung dalam lawatan seharinya ke Kedah.

Perdana menteri bersarapan 20 minit di Warung Gulai Ikan Meletop di Taman Kota Nelayan di sini bersama pemimpin Barisan Nasional negeri dan penduduk.

Tidak sangka warungnya dipilih sebagai lokasi bersarapan Najib, pemiliknya Siti Rohani Mohd Nor, 48, menyediakan hidangan istimewanya.

Dimaklumkan sejak dua minggu lalu, Siti Rohani teruja dengan kehadiran Najib pada 9.30 pagi untuk bersarapan, lapor Harian Metro.

“Persiapan sudah dimulakan sejak jam 4 pagi lagi dengan dibantu 10 pekerja,” katanya, yang menyiapkan hidangan untuk 1,500 pengunjung di situ.

“Sudah tentu, hidangan ikan segar disediakan di mana ikan temenung dan tongkol adalah dua ikan yang digunakan untuk sajian hari ini.”

Selepas bersarapan, Najib meluangkan masa melawat Pasar Nelayan Kampung Seberang Kota, hanya 300 meter dari warung itu.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline