Friday January 26, 2018
11:20 AM GMT+8

Lagi berita

Mi sotong sumbat, dimasukkan kentang dan telur, kelihatan begitu menyelerakan. Menu ini baru diperkenalkan di Kelapa Lelehhh Kampor. — Foto-foto ihsan Facebook/Kelapa Lelehhh Kampor Mi sotong sumbat, dimasukkan kentang dan telur, kelihatan begitu menyelerakan. Menu ini baru diperkenalkan di Kelapa Lelehhh Kampor. — Foto-foto ihsan Facebook/Kelapa Lelehhh Kampor KUALA LUMPUR, 26 Jan — Sebut saja sotong, pasti ramai peminatnya terbayang keenakan haiwan bertulang satu itu tidak kira dimasak dengan apa cara.

Di Kampar, sebuah warung mendapat sambutan hangat setelah memperkenal hidangan unik, mi sotong sumbat, dengan rasa tersendiri baru-baru ini.

Kelapa Lelehhh Kampor milik Hasni Farlina Mohd Sani, 33, telah dibuka sejak 2008. Ia asalnya diusahakan ibunya tetapi diambil alih mulai 2016.

Idea membuat mi sotong sumbat, yang diperkenal minggu lalu, muncul ketika beliau berada di sebuah pasar borong berhampiran.

Pada awalnya kedai beliau menjual aiskrim kelapa dan makanan barat tetapi sambutan lebih hangat apabila ada menu baru ini, kata Farlina.

Hasni Farlina Mohd Sani (kanan) bersama pelanggan dengan hidangan menarik di warungnya di Kampung Batu Berangkai, Kampar. Hasni Farlina Mohd Sani (kanan) bersama pelanggan dengan hidangan menarik di warungnya di Kampung Batu Berangkai, Kampar. "Semasa di pasar borong, saya tengok orang menjual sotong dalam jumlah banyak dan terfikir 'kalau buat mi sotong, menarik juga.'

"Biasanya kita tengok orang mejual mi udang, mi ketam, kenapa tidak ada mi sotong?" kata bekas jururawat itu kepada ProjekMMO kelmarin.

"Saya beli sotong, balik rumah buat eksperimen untuk bagi kelainan, itu yang akhirnya jadi mi sotong sumbat."

Selepas gambar mi sotong sumbat dimuatkan di Facebook warungnya pada 17 Januari lalu, Kelapa Lelehhh Kampor tiba-tiba dibanjiri pelanggan.

Jika minggu lalu Farlina menjual 10 ke 15 kilogram sotong sehari, kerana sambutan hebat itu kini beliau perlukan 25 kilogram sehari.

Selain mi sotong sumbat dan mi udang (foto), Kelapa Lelehhh Kampor turut menyajikan mi godang udang, mi godang kahwin dan nasi ole Bali.Selain mi sotong sumbat dan mi udang (foto), Kelapa Lelehhh Kampor turut menyajikan mi godang udang, mi godang kahwin dan nasi ole Bali."Mula-mula saya jual 10 hingga 15 kilogram, jam 4 petang sudah habis. Jadi pelanggan minta tambah lagi kuantiti sotong," katanya.

Jika ketupat sotong di Kelantan dan Terengganu dimasukkan pulut dan rempah, sotong sumbat Farlina dimasukkan kentang, telur dengan ramuan sendiri.

Semangkuk mi dengan beberapa ekor sotong sumbat dijual RM10.90.

Selain hidangan tersebut, pelanggan boleh menikmati mi godang udang, mi godang kahwin dan nasi ole Bali pada harga RM3 hingga RM16.90.

Nama warungnya yang unik ini, Kelapa Lelehhh Kampor, mendapat nama setelah Farlina melihat hidangan aiskrim kelapanya yang meleleh.

Restoran Kelapa Lelehhh Kampor cawangan baru di Station 18, Ipoh yang baru dibuka untuk penduduk bandar raya ini.Restoran Kelapa Lelehhh Kampor cawangan baru di Station 18, Ipoh yang baru dibuka untuk penduduk bandar raya ini.Ia dibuka 2 petang hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Isnin.

Buat yang belum ke sini, ia terletak di Kampung Batu Berangkai, tepi jalan utama asal Kuala Lumpur-Ipoh, di antara masjid An-Nur dengan Kampar Club.

Kedai Farlina hanya 180 meter dari masjid dan bersebelahan Warung Pak Samah. Ia mudah dicari di aplikasi Waze atau peta Google.

Atau, boleh mencuba menu ini di cawangannya yang baru di Station 18 Ipoh.

Boleh semak Facebook dan Instagram: Kelapa Lelehhhh KampoR Original atau hubungi 011 1300 6720 untuk pertanyaan lanjut.

Iklan

Iklan

MMO Instagram