Thursday October 26, 2017
12:39 PM GMT+8

Lagi berita

Ikan baung sungai masak lemak cili padi antara masakan enak di restoran Pak Ya di Kuala Slim. — Foto ihsan Facebook/Azroy ShafeeIkan baung sungai masak lemak cili padi antara masakan enak di restoran Pak Ya di Kuala Slim. — Foto ihsan Facebook/Azroy ShafeeKUALA LUMPUR, 26 Okt — Ikan baung masak lemak antara menu istimewa yang menarik pengunjung ke kedai makan Pak Ya di Kuala Slim dekat Tanjung Malim.

Terletak dalam kawasan kampung, restoran itu sering menjadi tumpuan khususnya penjawat awam sekitar Slim River pada waktu tengah hari.

Selaku penebar roti canai di gerai milik bapanya, Muhammad Zulhairi Shafee mengakui restorannya pernah terputus bekalan ikan baung sungai.

“Ikan ini susah hendak dapat. Pernah terputus [bekalan] kalau air sungai surut. Kita ada dua atau tiga pembekal,” katanya kepada ProjekMMO

Roti canai, dengan telur separuh masak, dan kuah kari ayam untuk sarapan pagi di Pak Ya. — Foto ihsan Facebook/Hasfalina FalinRoti canai, dengan telur separuh masak, dan kuah kari ayam untuk sarapan pagi di Pak Ya. — Foto ihsan Facebook/Hasfalina Falin“Selalunya kalau ada [bekalan] kita akan ambil 10kg hingga 20kg. Ikan laut jadi pengganti kalau tidak ada bekalan ikan baung.”   

Masakan istimewa itu, berharga RM5 sepotong, disediakan bersama masakan kampung lain menjadi kegemaran pengunjung sekitar.

“Kebanyakan orang luar dari pekan, orang kerja kerajaan, cikgu, pensyarah, anggota bomba, kerja klinik selalu datang ke sini,” kata Zulhairi lagi.

Untuk sarapan pagi, menu yang menjadi tumpuan termasuklah set “nasi lemak viral”, sambal bilis, telur dan kacang goreng dengan harga RM1.50.

Pak Ya menghidang mi bandung udang galah untuk menu petang.Pak Ya menghidang mi bandung udang galah untuk menu petang.Roti canai di sini juga menjadi tarikan. Kuah kari ayamnya digemari ramai, selain “roti canai dangdut”, roti canai dengan telur separuh masak. 

“Kami masih mengekalkan harga RM1 untuk sekeping [roti canai], bersama kuah kari ayam dan dalca. Pelanggan Cina selalu tambah kuah dalca,” katanya.

Untuk masakan petang atau malam, ramai yang memesan mi bandung udang galah dan Maggi bandung udang galah, kini dengan harga promosi RM13.

Masakan itu untuk lima ekor udang bersaiz kecil bagi menggalak pengunjung hadir. Harga asalnya RM14.50.

Selain mi bandung, Pak Ya menjual nasi lemak udang galah di sebelah petang.Selain mi bandung, Pak Ya menjual nasi lemak udang galah di sebelah petang.Bagi kedua-dua masakan itu yang mengandungi lima ekor udang bersaiz ‘B’, ia berharga RM25, manakala sepuluh ekor udang bersaiz ‘C’ berharga RM23.

“Promosi bermula bulan lepas hingga stok udang habis,” katanya. Juadah lain termasuk mi kari, mi bandung dan masakan goreng turut disediakan. 

Nasi lemak udang galah pula, dijual mulai 3 petang, berharga RM11.50. 

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pernah singgah di kedai ini pada Julai lalu dalam lawatannya di kawasan sekitar. 

Restoran Pak Ya di Kuala Slim pernah dikunjungi menteri besar Perak dalam lawatannya ke daerah ini pada Julai lalu.Restoran Pak Ya di Kuala Slim pernah dikunjungi menteri besar Perak dalam lawatannya ke daerah ini pada Julai lalu.Memulakan perniagaan katering sejak 1990, kedai Pak Ya Bistro & Catering dibuka antara 7 pagi hingga 11 malam setiap hari. 

Kira-kira 10 minit memandu dari simpang di depan balai polis di pekan Slim River, restoran Pak Ya terletak di No 7 tepi jalan Kampung Kuala Slim.

Jalan ke kampung ini kini disambung ke Felda Besout, digunakan dengan meluas oleh keluarga peneroka untuk keluar-masuk, selain jalan lama ke Sungkai.  

Untuk ke sini, elok anda meninjau di Facebook Pakya Bistro & Catering dulu. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline