Thursday February 8, 2018
11:36 AM GMT+8

Lagi berita

Nasi kerabu dengan ulaman dan kelapa yang digoreng bersama ikan dimakan dengan daging, keropok keping dan sambal. — Foto ihsan Facebook/My 31 KuehNasi kerabu dengan ulaman dan kelapa yang digoreng bersama ikan dimakan dengan daging, keropok keping dan sambal. — Foto ihsan Facebook/My 31 KuehPETALING JAYA, 8 Feb — Memiliki restoran sendiri, penyampai radio Issey lebih gemar mengunjungi restoran yang menghidangkan selera Kelantan.

Mengusahakan JMT Cafe setahun lalu bukan penghalang kepada penyampai radio Hot FM ini mempromosikan restoran yang dekat kepada seleranya.

Issey, nama popular Fazlisham Mat Hussin, sempat berkongsi kepada ProjekMMO baru-baru ini menu dan restoran pilihannya di sekitar Lembah Klang.

Jika anda melihat menu dan lokasi makanan kegemarannya, sudah cukup membuka selera apabila pelbagai hidangan ditawarkan.

Memilih My 31 Kueh di Taman Sri Gombak sebagai lokasi sarapan, beliau suka menikmati nasi kerabu dan nasi berlauk jika berkunjung ke sini.  

“Di sini banyak nasi berlauk Kelantan. Banyak juga kuih muih disediakan,” katanya, anak jati Kelantan berusia 30 tahun.

Restoran yang dibuka dari 7 pagi hingga 6 petang ini menyediakan menu sarapan dan tengah hari buat penggemar hidangan Pantai Timur.

Selain nasi kerabu dan nasi berlauk, restoran ini juga terkenal dengan nasi ayam goreng kunyit, nasi impit bersambal kelapa dan nasi lemak.

Pengunjung boleh mencuba pulut pagi, colek kelate dan aneka kuih-muih.

Untuk tengah hari, Issey tidak mempunyai lokasi tertentu untuk dikongsi. Bagi peserta “Bintang Bersama Bintang” ini memadai menikmati nasi campur.

Ikan singgang bersama ulam, telur goreng dan budu antara hidangan di medan selera ikan singgang di tengah Kuala Lumpur. — Foto oleh Helme HanafiIkan singgang bersama ulam, telur goreng dan budu antara hidangan di medan selera ikan singgang di tengah Kuala Lumpur. — Foto oleh Helme HanafiMemenuhi cita rasanya, warung Selera Ramai Ikan Singgang di tengah ibu kota pula menjadi pilihannya bagi menikmati makan malam.

Issey berkata warung itu, yang terletak di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, amat popular bagi penggemar ikan singgang di ibu kota.

“Saya di sana memilih ikan sardin dan ikan rebus goreng. Saya menikmatinya bersama budu dan ulam-ulaman,” katanya.

Lokasi ini amat strategik bagi penggemar ikan singgang kerana pengunjung boleh memilih warung pilihan mereka dalam satu kawasan.

Terletak bersebelahan Quill City Mall, restoran ini dibuka setiap hari dari sebelah petang hinggalah ke awal pagi.

Iklan

Iklan

MMO Instagram