Friday October 27, 2017
1:10 PM GMT+8

Lagi berita

Jika mahu yang rangup pula, pilihlah vadai masala yang berasaskan kacang disediakan di warung Suris Krishnan di SS15 Subang Jaya. — Foto-foto oleh Choo Choy MayJika mahu yang rangup pula, pilihlah vadai masala yang berasaskan kacang disediakan di warung Suris Krishnan di SS15 Subang Jaya. — Foto-foto oleh Choo Choy MaySUBANG JAYA, 27 Okt — Jangan pelik jika anda melihat deretan orang ramai beratur di sebuah gerai di SS15 Subang Jaya hanya untuk membeli kuih-muih tradisi India.

Gerai bekas pengawal dan pemandu peribadi Suris Krishnan, 40, asalnya bermula kecil di tepi jalan di Sunway.

Kira-kira 13 tahun lalu, pihak berkuasa tempatan memberinya tapak di sebelah warung rojak dan cendol popular di Jalan SS15/3B.

Suris Krishnan menyediakan kuih-muih masakan tradisi India di SS15 Subang Jaya. Suris Krishnan menyediakan kuih-muih masakan tradisi India di SS15 Subang Jaya. Antara 11 pagi hingga 7 malam, khususnya hujung minggu, peminatnya sanggup beratur panjang.

Vadai (masala dan uluntu), karipap, cekodok pisang, urundai (kacang hijau dan ubi keledek), bawang goreng, samosa, popiah dan bermacam lagi disediakan.

Semuanya berasaskan sayuran memandangkan Suris dan isterinya tidak mengambil daging. Paling laris jualannya, vadai dan karipap.

Bawang goreng, atau pakoda, yang dimasak bersama daun kari dan rempah mesti dicuba.Bawang goreng, atau pakoda, yang dimasak bersama daun kari dan rempah mesti dicuba.Setiap hari Suris seawal 4 pagi sehingga 10 pagi, sebelum gerai dibuka, membuat persiapan untuk jualannya yang menjadi buah mulut ramai. 

Di gerai pula, pekerjanya menggoreng kuih berperingkat-peringkat bagi memastikan hidangan mereka disediakan panas-panas.

Begitu juga dengan karipap yang diuli dari semasa ke semasa di belakang van.

Jika rambang mata dengan pilihan yang ada, anda belilah vadai. Jika mahukan juadah yang sedikit lembut, anda boleh memilih uluntu vadai yang seakan donut.

Pengunjung ke gerai Suris boleh juga menikmati cendol atau nasi lemak di warung bersebelahannya. Pengunjung ke gerai Suris boleh juga menikmati cendol atau nasi lemak di warung bersebelahannya. Jika mahukan sesuatu yang rangup pula, pilihan vadai masala yang berasaskan kacang 'chana dhal' juga disediakan.

Bawang goreng, atau pakoda, yang dimasak bersama daun kari dan rempah mesti dicuba. Begitu juga kacang kuda yang dikukus, ia disediakan tanpa garam. 

Selain gerai Suris, pengunjung boleh menikmati cendol dan mi rojak di barisan warung di situ. Ada juga air kelapa, keropok lekor dan nasi lemak kukus. 

* Baca seterusnya di Malay Mail Online.  

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline