Wednesday November 1, 2017
1:38 PM GMT+8

Lagi berita

Raja Ilya memang menggemari buah-buahan, jus buah kegemarannya antaranya di La Juiceria, Mont Kiara di Kuala Lumpur. — Foto ihsan Instagram/Raja IlyaRaja Ilya memang menggemari buah-buahan, jus buah kegemarannya antaranya di La Juiceria, Mont Kiara di Kuala Lumpur. — Foto ihsan Instagram/Raja IlyaKUALA LUMPUR, 1 Nov — Berdarah kacukan Melayu, Arab dan Pakistan, pelakon Raja Ilya menikmati awal hari dengan minuman segar dan sihat.

Pelakon drama Gerak Khas ini dengan mudah menyenaraikan lokasi-lokasi tumpuan makanan kegemarannya di sekitar Lembah Klang. 

Raja Ilya memulakan harinya dengan hidangan berkhasiat di restoran La Juiceria Superfoods di Mont Kiara.

“Makanan sihat terbaik ada di sana. Saya suka sup labu, pelbagai jenis salad, pasta dan ayam panggang. Semua jenis makanan sihat. 

“Di sana juga dijual minuman buah-buahan, yang mengandungi antioksida,” kata Ilya, nama popular Raja Ramilah Begum Raja Mohamad, kepada ProjekMMO.

La Juiceria Superfoods berada di tingkat bawah Verve Shops di Mont Kiara dan dibuka dari 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pelanggan juga boleh berkunjung ke Avenue K, Taman Tun Dr Ismail dan One Utama bagi mencuba sendiri aneka hidangan disediakan.

Bagi Raja Ilya, mi kari Yu Ai di Segambut, Kuala Lumpur 'paling sedap' pernah dinikmatinya . — Foto ihsan Facebook/Yu Ai Seafood NoodleBagi Raja Ilya, mi kari Yu Ai di Segambut, Kuala Lumpur 'paling sedap' pernah dinikmatinya . — Foto ihsan Facebook/Yu Ai Seafood NoodlePada waktu tengah hari pula, Ilya memilih untuk berkunjung ke restoran Yu Ai di Segambut bagi menikmati mi kari kesukaan ramai.

“Di sana makanannya halal. Restoran Yu Ai menyediakan mi kari paling sedap pernah saya makan seumur hidup saya. 

“Semua makanan laut ada dalam mangkuk yang dihidang. Satu pinggan berharga RM28 ke RM32. Sebab itu ia sangat sedap.

“Ada mangkuk yang disediakan dari saiz kecil, sederhana dan besar,” katanya.

Restoran Yu Ai terletak di Jalan Segambut Utara, bersebelahan Bank RHB, memulakan perniagaan pada Julai 1998.

Selain mi kari kegemaran Ilya, restoran pilihan ramai ini juga turut menyediakan mi sup dan mi tomyam.

Iga penyet, masakan Jawa Timur, antara hidangan menarik di Warung Leko di The Curve, Damansara. — Foto ihsan Facebook/Warung LekoIga penyet, masakan Jawa Timur, antara hidangan menarik di Warung Leko di The Curve, Damansara. — Foto ihsan Facebook/Warung LekoIlya di sebelah malam lebih selesa menikmati jus buah-buahan yang disediakan restoran Indonesia.

“Saya gemar menikmati jus avokado sama ada di Bali-Bali Sunway Pyramid, Warung Leko di The Curve dan Sari Ratu di Subang Parade,” katanya.

Sibuk dengan aktiviti di siang hari, Ilya tidak melepaskan peluang menikmati hidangan tengah malamnya di Sentul di sini.

Pelakon filem Appalam berkata apam di restoran KR Mani menjadi pilihan jika mempunyai masa terluang.

“Kedai apam di restoran KR Mani sudah dibuka hampir 25 tahun. Ia dibuka 24 jam menyediakan apam manis yang dituang susu. 

“Rasanya lebih rangup dengan santan dituang pekat. Memang sangat sedap,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline