Friday November 3, 2017
3:23 PM GMT+8

Lagi berita

Orang ramai memeriahkan jualan makanan di Plaza Seremban pada 29 Oktober 2017 walau hujan renyai. Kini Mara Kangar juga menganjur acara sama. — Foto ihsan Food Truck SQFT at Seremban PlazaOrang ramai memeriahkan jualan makanan di Plaza Seremban pada 29 Oktober 2017 walau hujan renyai. Kini Mara Kangar juga menganjur acara sama. — Foto ihsan Food Truck SQFT at Seremban PlazaKANGAR, 3 Nov — Majlis Amanah Rakyat (Mara) Perlis menganjurkan program jualan makanan dan minuman  menerusi Food Truck @ Mara Perlis.

Program itu diadakan di perkarangan pejabatnya di sini pada Sabtu minggu kedua dan keempat setiap bulan bermula bulan ini, lapor Bernama.

Program tersebut akan berlangsung dari 5 petang hingga 12 malam.

Selain makan dan minum, pengunjung dihiburkan dengan persembahan penyanyi jalanan, atau 'buskers’, kata Mara Perlis dalam satu kenyataan.

Mara Seremban telah menganjurkan program seumpama ini sejak beberapa bula lalu dalam program Food Truck SqFT @ Mara di Plaza Seremban.

Lebih 15 pengusaha trak makanan berniaga mulai jam 5 petang hingga 12 malam pada Jumaat hingga Ahad, lapor Utusan Online bulan lepas.

Pelbagai makanan kampung hingga ala Barat dilaporkan disediakan di program tersebut, antaranya mi sup Sabah, lasagna, laksa, air buah dan roti John.

Penganjur pada awalnya menyediakan 30 kerusi dan meja tetapi terpaksa menambahnya kepada 70 hingga 80 buah pada Oktober susulan sambutan ramai.

Jualan di trak makanan di Seremban turut dihiburkan oleh penyanyi jalanan.  

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline