Wednesday January 17, 2018
11:40 AM GMT+8

Lagi berita

Semua menu belut, termasuk tomyam, di Bangi Station KL di Jalan Gurney Kiri dijual dengan harga RM11. — Foto-foto oleh Hamsiah Abu BakarSemua menu belut, termasuk tomyam, di Bangi Station KL di Jalan Gurney Kiri dijual dengan harga RM11. — Foto-foto oleh Hamsiah Abu BakarKUALA LUMPUR, 17 Jan — Belut sejenis haiwan dalam kategori ikan, antara makanan eksotik kegemaran penduduk timur dan utara Semenanjung.

Namun bentuknya yang panjang dan kulitnya yang licin, kelihatan macam ular, menyebabkan sesetengah orang kurang selesa untuk menikmatinya.

Tetapi belum cuba belum tahu, sekali rasa keenakan masakannya di warung Bangi Station di sini sudah tentu anda teringin menjamahnya lagi.

Di Kelantan dan Terengganu, penggemar menikmati sup belut. Di Kedah dan Perlis pula terkenal dengan kuah laksa utara berisi belut.

Selain sup dan tomyam belut, ikan ini boleh dimasak paprik, atau pad prik, sejenis masakan Thailand yang sudah lazim di Malaysia. Selain sup dan tomyam belut, ikan ini boleh dimasak paprik, atau pad prik, sejenis masakan Thailand yang sudah lazim di Malaysia. Buat penggemar belut yang tercari-cari menu itu, dan mereka yang mahu mencuba kelazatan sup belut, anda boleh ke warung di Jalan Gurney Kiri ini.

Bangi Station yang diusaha Sarah Nordin, 23, sudah dibuka sejak 2011. Ia terletak di hujung deretan warung makan di sebelah Telekom Malaysia Berhad.

Sup belut ramuan tersendiri, menurutnya, menjadi tumpuan orang ramai bukan sahaja dari penduduk sekitar, malah ada yang sanggup datang dari jauh.

“Biasanya yang datang ke kedai makan sup belut pelanggan tetap sejak dulu lagi, termasuk kakitangan hospital Kuala Lumpur,” kata Sarah lagi semalam. 

Sarah Nordin memegang semangkuk tomyam belut, menu unik yang menjadi tarikan penggemar haiwan eksotik ini.Sarah Nordin memegang semangkuk tomyam belut, menu unik yang menjadi tarikan penggemar haiwan eksotik ini.“Tetapi ada juga dari Johor, Kedah, Singapura, malah orang Kelantan yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pun selalu datang.” 

Selain sup, pelanggan boleh menikmati tomyam belut atau paprik belut dengan nasi. Jika anda peminat mi segera, Maggi belut disediakan di sini.

Semua hidangan makanan menggunakan belut di sini berharga RM11. 

Beberapa menu lain yang istimewa termasuklah kuetiau udang galah, mi udang galah dan ketam masam manis. Harga bergantung saiz, paling rendah RM18.

Bagi peminatnya, belut memang menarik. Sup belut boleh diratah begitu sahaja atau dimakan dengan nasi.Bagi peminatnya, belut memang menarik. Sup belut boleh diratah begitu sahaja atau dimakan dengan nasi.Belut mentah diperoleh dari pembekal di Lembah Klang. Setiap dua hari, Bangi Station berjaya menghabiskan 5 kilogram belut.

Dibuka jam 5 petang sehingga 1 pagi setiap hari, pelanggan boleh meletak kenderaan di tepi kiri jalan sebelah Telekom Malaysia Berhad.

Kawasan parkir di sini agak terhad, jadi anda boleh juga meletak kereta di tepi jalan sebelum lorong masuk ke Jalan Gurney Kiri.

Buat yang belum ke sini, kalau anda dari Jalan Tun Razak, belok ke Jalan Sultan Yahya Petra (dulu Jalan Semarak), kemudian belok ke Jalan Gurney Kiri.

Warung di pinggir Jalan Gurney Kiri dikunjungi beberapa pelanggan sewaktu liputan ProjekMMO awal malam 16 Januari 2017. Warung di pinggir Jalan Gurney Kiri dikunjungi beberapa pelanggan sewaktu liputan ProjekMMO awal malam 16 Januari 2017. Deretan warung di Jalan Gurney Kiri, di seberang jalan bangunan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), memang terkenal sejak dulu. 

Di sisi Kolej Multimedia MMC dan Telekom Malaysia, deretan warung ini mudah dicari di aplikasi Waze atau peta Google.

Boleh semak Facebook: Bangi Station KL atau hubungi 017 313 4533.

Iklan

Iklan

MMO Instagram