Monday January 29, 2018
1:23 PM GMT+8

Lagi berita

Setiap bungkusan itik salai masak lemak cili api Masthar mengandungi antara empat atau lima ketul dijual dengan harga RM7. — Foto oleh Fathi Aris OmarSetiap bungkusan itik salai masak lemak cili api Masthar mengandungi antara empat atau lima ketul dijual dengan harga RM7. — Foto oleh Fathi Aris OmarKUALA LUMPUR, 29 Jan — Aroma itik yang sedang disalai memang membangkitkan selera sesiapa sahaja, apa lagi jika dibuat masak lemak.

Setiap hari termasuk hujung minggu, warung Itik Salai Masthar dipenuhi pelanggan sehingga ada yang sanggup beratur bagi menikmatinya.

Warung milik Masthar Takril, 40-an, di Sungai Ramal Dalam, Kajang ini menjual kira-kira 200 itik setiap hari.

"Sebenarnya resipi asal dari Indonesia dan kita olah dengan bahan-bahan tersendiri bagi mendapatkan rasa yang ada sekarang.

Itik-itik (kanan) yang disalai bersama daging sebelum dipotong untuk dimasak lemak cili padi. — Foto-foto ihsan Facebook/Itik Salai Masthar CateringItik-itik (kanan) yang disalai bersama daging sebelum dipotong untuk dimasak lemak cili padi. — Foto-foto ihsan Facebook/Itik Salai Masthar Catering"Kita tidak jangka dapat sambutan sebegitu ramai pelanggan, alhamdulillah laris," kata pengurus sajian Rosdi Abdullah, 57, kepada ProjekMMO.

Turut menjual keli, ayam dan daging salai, warung yang dibuka sejak 2016 mendapatkan bekalan itik dari Kedah setiap minggu.

Semangkuk itik salai masak lemak dengan nasi berharga RM8, jika ditambah ulam RM9. Satu bungkus dengan empat atau lima ketul itik harganya RM7.

Harga bagi hidangan salai yang lain: daging masak lemak cili api RM6, ayam masak lemak cili api RM6 dan ikan keli masak lemak cili api RM6.

Itik salai yang sudah dimasak siap untuk dihidang kepada pelanggan, termasuk dibungkus untuk dibawa pulang.Itik salai yang sudah dimasak siap untuk dihidang kepada pelanggan, termasuk dibungkus untuk dibawa pulang.Pelanggan juga boleh menikmati puyuh salai masak lemak cili api dan perut lembu, tanpa disalai, yang dimasak dengan rencah yang sama.

Selain dimasak lemak cili padi, empat menu utama ini — itik, keli, daging dan ayam yang disalai — juga disaji dengan air asam untuk dicicah.

Mereka juga menyediakan perkhidmatan katering untuk jamuan dan keraian.

Dibuka setiap hari dari 11 tengah hari sehingga 10 malam, pelanggan boleh letak kenderaan di kawasan parkir di sekitar warung.

Anda perlu beratur, mungkin sekurang-kurangnya 15 minit jika orang sederhana ramai. Meja banyak tetapi selalu dipenuhi pelanggan.

Jika anda mahu menikmatinya, masuk Persiaran Jaya selepas tol Kajang. Masuk ke Jalan Saujana hingga ke hujung, kemudian belok kanan pula.

Pelanggan sentiasa beratur untuk menikmati semangkuk itik salai masak lemak. Di kanannya, ruang menyalai dan di kirinya kaunter bayaran.Pelanggan sentiasa beratur untuk menikmati semangkuk itik salai masak lemak. Di kanannya, ruang menyalai dan di kirinya kaunter bayaran.Kalau dari Lebuhraya Lingkaran Kajang (Silk), belok ke Jalan Sungai Ramal Dalam sampai bertemu Jalan Dato Dagang, belok kanan, pasti jumpa.

Itik Salai Masthar terletak di penjuru kanan Medan Selera Adikku. Untuk mudah, guna sahaja aplikasi peta Google atau Waze di telefon anda.

Ia mempunyai beberapa cawangan, termasuk Jalan Jaya 7 Bandar Tun Razak di Cheras di sini. Dua lagi di Semenyih, Selangor dan Alor Gajah, Melaka.

Semak Facebook: Itik Salai Masthar Catering atau Itik Salai Masthar Cheras, atau hubungi 019 255 3645 dan 013 255 8336 untuk sebarang pertanyaan.

Iklan

Iklan

MMO Instagram