Tuesday November 7, 2017
12:27 PM GMT+8

Lagi berita

Buat penggemar itik panggang, restoran Sri Karak di Petaling Jaya menawarkan harga RM35 untuk separuh dan RM70 untuk seekor. ― Foto-foto ihsan Facebook/ Restoran Sri KarakBuat penggemar itik panggang, restoran Sri Karak di Petaling Jaya menawarkan harga RM35 untuk separuh dan RM70 untuk seekor. ― Foto-foto ihsan Facebook/ Restoran Sri KarakKUALA LUMPUR, 7 Nov ― Tidak perlu ke Temerloh untuk menikmati ikan patin masak tempoyak. Di Petaling Jaya ada, di Restoran Sri Karak.

Restoran di tepi bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini dimiliki peniaga Cina tetapi masakannya sentiasa menjadi tumpuan orang Islam.

Istimewanya masakan itu, resipinya berasal daripada air tangan seorang wanita Melayu yang dikenali Mak Cik Melah.

Wanita itulah yang menjaga dan mengasuh Cheng Shian Chyr dari kecil sampai dewasa di Karak, Bentong ketika ibu bapanya ke tempat kerja.

Selain ikan patin asam pedas (foto), Sri Karak juga dikenali masakan ikan patin tempoyak macam dikenali di Temerloh, Pahang.Selain ikan patin asam pedas (foto), Sri Karak juga dikenali masakan ikan patin tempoyak macam dikenali di Temerloh, Pahang.“Saya menjadi sebahagian daripada keluarganya, macam anak dia. Makan pun di rumah dia,” kata Cheng, pengarah operasi restoran ini.

“Di situ itulah saya belajar masak [resipi tempoyak]. Walaupun dia telah meninggal dunia, saya rapat dengan keluarganya.”

Hasil gabungan stok ayam (resipi sendiri) dan ikan patin sungai yang dimasak bersama tempoyak, ia dijual mengikut berat, 100 gram dengan harga RM15.

“Biasanya pelanggan memilih ikan tempoyak yang telah dimasak, seberat 600gram hingga 1kg. Yang masuk [memesan] adalah pelanggan biasa.

“Harga berpatutan dan kita turut menyediakannya dengan bahan-bahan yang berkualiti,” kata Cheng, 39, yang mesra juga dipanggil Chee.

Mi kari di Sri Karak digemari ramai, antaranya menteri besar Selangor, kata pengarah operasinya Cheng Shian Chyr. Mi kari di Sri Karak digemari ramai, antaranya menteri besar Selangor, kata pengarah operasinya Cheng Shian Chyr. Dihubungi ProjekMMO minggu lalu, pemuda itu berkata setiap hari pelanggannya dari kalangan orang Islam dan bukan Islam.

Mereka termasuklah beberapa artis seperti Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali pula menggemari mi kari.

Bagi itik panggang, Chee berkata beliau mendapat bekalan daripada pembekal yang mendapat sijil halal dan sembelihan patuh syarak.

Proses menyediakannya mengambil beberapa jam melalui beberapa proses, sebelum dipanggang dengan lumuran sos cair coklat, diluar dan dalam itik. 

Kuetiau goreng daging di Sri Karak dihidang dengan harga RM13.90.Kuetiau goreng daging di Sri Karak dihidang dengan harga RM13.90.Sos itu hasil gabungan bawang merah, bawah putih, halia dan kulit limau mandarin kering. Dipanggang selama sejam sehingga kulitnya rapuh.

“Kita panggang gaya Hong Kong. Harganya [separuh] RM35 untuk tiga orang [makan] dan RM70 [seekor] untuk enam atau tujuh orang makan,” katanya.

Katanya, ada juga pelanggannya yang meminati bahagian paha atau dada, masing-masing berharga RM18 dan RM16.

Chee berkata pengunjung setianya sering memesan mi wantan ‘kung fu’ yang dimasak bersama udang galah, harganya RM45 hingga RM90 mengikut saiz udang.

Apabila melangkah masuk, anda akan bertemu ruang ini, bahagian bawah restoran Sri Karak di Petaling Jaya.Apabila melangkah masuk, anda akan bertemu ruang ini, bahagian bawah restoran Sri Karak di Petaling Jaya.Selain itu, mereka juga memilih kuetiau goreng daging dengan harga RM13.90. 

Bagi pencuci mulut, pengunjung sering memesan kuih bom durian ― isi durian yang dibalut dengan tepung dan digoreng ― berharga RM2.10 sebiji.

Bagi yang ingin merasainya, anda boleh berkunjung di nombor 17, Jalan 52/8, Seksyen 52, betul-betul di tepi kaki lima menara MBPJ.

Ia beroperasi setiap hari, Isnin hingga Sabtu (10 pagi-10 malam). Pada Ahad, ia dibuka 11 pagi-3 petang dan kemudian 6 petang-10 malam.

Bagi mereka yang belum pernah ke sini, anda boleh semak Facebook: Restoran Sri Karak. Ia juga menyediakan khidmat tempahan dalam talian melalui Foodpanda. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline