Tuesday October 31, 2017
11:28 AM GMT+8

Lagi berita

Sepinggan nasi lengkap dengan ayam, ikan dan sayur dihidang percuma di restoran milik Datuk Seri Jamal Md Yunos di Sekinchan, Selangor 25 Oktober 2017. ― Foto oleh Miera ZulyanaSepinggan nasi lengkap dengan ayam, ikan dan sayur dihidang percuma di restoran milik Datuk Seri Jamal Md Yunos di Sekinchan, Selangor 25 Oktober 2017. ― Foto oleh Miera ZulyanaSABAK BERNAM, 31 Okt ― Datuk Seri Jamal Md Yunos bukan sahaja glamor dengan gimik politik, sesekali panas, tetapi kini meluaskan program makanan percuma.

Untuk pembukaan cawangan kedua di Sekinchan, ketua Umno itu dengan bantuan keluarga memasak lauk-pauk tengah hari untuk diberi percuma kepada penduduk kampung.

"Saya memang suka memasak dan hobi saya adalah memasak. Saya sendiri cari 40 ekor ayam dan masak sendiri lauk kari ayam hasil resipi saya," katanya.

Beliau berucap semasa merasmikan Restoran Jamuan Rakyat minggu lalu di resort miliknya Sekin Hotel & Resort di sini yang pernah disita Disember lalu.

Bersama Gabungan NGO 1Malaysia, atau kumpulan Baju Merah, cawangan ini dibuka selepas restoran pertama di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, mendapat sambutan menggalakkan.

Datuk Seri Jamal Md Yunos membantu menghidang masakan di Restoran Jamuan Rakyat di resort miliknya di Sekinchan, 25 Oktober 2017. ― Foto oleh Miera ZulyanaDatuk Seri Jamal Md Yunos membantu menghidang masakan di Restoran Jamuan Rakyat di resort miliknya di Sekinchan, 25 Oktober 2017. ― Foto oleh Miera ZulyanaBerkonsepkan “makan sampai kenyang” dan “cuci pinggan sendiri”, hidangan yang disediakan termasuklah nasi, ikan berlada, kari ayam, sayur campur, sambal belacan dan teh O.

Setiap Isnin hingga Jumaat, orang ramai boleh menjamu selera antara 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang atau sehingga masakan untuk 600 orang sehari habis.

"Rakyat Malaysia kecuali warga asing tidak kira agama, bangsa dan fahaman politik boleh datang. Orang DAP, PKR, dan PAS pun boleh datang, kami tidak kisah.

“Kalau [Datuk Seri] Azmin Ali datang, lalu nak singgah makan sekali pun kami alu-alukan,” katanya, menyebut menteri besar Selangor yang sering menjadi sasaran kecamannya.

"[Wakil rakyat Sekinchan] YB Ng Suee Lim kalau nak datang, sila beritahu, tiada masalah. Saya akan masak. Boleh tengok sendiri kehebatan saya memasak.”

Orang ramai menikmati makanan di restoran milik Datuk Seri Jamal Md Yunos di hari pembukaan restorannya, 25 Oktober 2017. ― Foto oleh Miera ZulyanaOrang ramai menikmati makanan di restoran milik Datuk Seri Jamal Md Yunos di hari pembukaan restorannya, 25 Oktober 2017. ― Foto oleh Miera ZulyanaUntuk menjayakan projek tersebut, Jamal mengalu-alukan sumbangan bahan makanan seperti beras, minyak masak, gula, sayur dan ikan.

“Ini konsep sedekah yang telah mendapat sambutan orang ramai dan rakan-rakan NGO yang menyumbang untuk program ini," katanya, yang mendapat sokongan lebih 20 NGO.

Tambahnya, projek makanan percuma di cawangan Kuala Lumpur terus mendapat sambutan hingga terpaksa menambah sehingga 280kg beras daripada 100kg sehari.

"Pada mulanya kami anggarkan 1,000 orang tetapi hari demi hari kami memasak 280 kilogram beras sehari iaitu lebih kurang untuk 3,000 orang," katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline