Friday November 3, 2017
9:42 AM GMT+8

Lagi berita

Tidak berbau hanyir, daging landak yang dimasak rendang itu lembut dan dikatakan mempunyai khasiat. — Foto-foto oleh Miera ZulyanaTidak berbau hanyir, daging landak yang dimasak rendang itu lembut dan dikatakan mempunyai khasiat. — Foto-foto oleh Miera ZulyanaSABAK BERNAM, 3 Nov — Jika anda “pemburu makanan” yang sentiasa mencuba kelainan, rendang landak dan daging rusa masak kicap lada hitam pastinya membuatkan anda teruja.

Bukan biasa-biasa, Restoran Lembah Bernam di Sekinchan dekat sini menyediakan hidangan eksotik dari spesies hidupan liar tetapi dimasak mengikut selera tempatan.

Penulis pada mulanya ragu-ragu untuk menjamah kerana menyangka daging haiwan berduri itu akan berbau hanyir dan berasa pelik tetapi persepsi itu sama sekali silap.

Tidak seperti ayam atau lembu, tekstur daging landak agak lembut dan tulangnya lebih kecil berbanding ayam.

Daging rusa masak kicap sedang disediakan di dapur Restoran Lembah Bernam, Sekinchan di Selangor ketika lawatan kami, 25 Oktober 2017. Daging rusa masak kicap sedang disediakan di dapur Restoran Lembah Bernam, Sekinchan di Selangor ketika lawatan kami, 25 Oktober 2017.

Rasa pedas rendang membangkitkan lagi selera dan membuatkan penulis terlupa hidangan itu daripada haiwan liar yang diburu di dalam hutan.

“Daging landak ada khasiatnya tersendiri. Ia boleh dibuat ubat,” kata pemilik restoran Mohd Ahid Jaafar, 44, kepada ProjekMMO.

“Ada pengunjung datang dari jauh meminta kami membuat sup untuk merawat penyakit dalaman seperti lelah dan batuk."

Kelembutan dan keenakan rasa daging rusa yang manis serta ayam hutan, dimasak berlada atau goreng, juga hidangan yang wajib cuba jika anda singgah ke restoran ini.

Ikan yang dihidang di Restoran Lembah Bernam termasuklah puyu, belut, baung dan keli. Ikan yang dihidang di Restoran Lembah Bernam termasuklah puyu, belut, baung dan keli. Dibuka sejak 2008, Ahid bersama adik-beradik memperkenalkan resepi asli daripada ayahnya dan tidak menyangka ia mendapat sambutan ramai.

Abangnya memulakan perniagaan lebih awal, membuka Restoran Selera Rimba di Jalan Sungai Panjang, Sungai Besar di sini sejak 2001.

“Kami mendapat daging yang sudah siap dilapah daripada pembekal berlesen,” katanya, yang memiliki lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Hidangan daging landak dijual RM24 mengikut gram atau RM120 sekilogram. Manakala daging rusa pula RM16 mengikut gram atau RM80 sekilogram.

Seorang pengunjung makanan eksotik di Restoran Lembah Bernam sedang memilih juadah kegemarannya, 25 Oktober 2017.Seorang pengunjung makanan eksotik di Restoran Lembah Bernam sedang memilih juadah kegemarannya, 25 Oktober 2017.Ayam hutan pula dijual dengan harga RM30 seekor dan RM7.50 seketul (dibelah empat).

Tidak lengkap jika anda tidak mencuba ikan baung yang dijual RM8 seekor, ikan puyu (RM5 hingga RM7 seekor), ikan sepat (RM3 seekor) atau ayam kampung (RM7 dibelah empat).

Menurut maklumat di Facebooknya, selain ulam kampung, turut dihidangkan daging-daging pelanduk, belut, arnab, itik, dan ikan tapah.

Mungkin tidak ramai yang perasan kewujudan restoran ini kerana ia terletak sejauh kira-kira satu kilometer dari jalan utama Kuala Selangor-Sabak Bernam.

Walau restorannya agak besar tetapi pengunjung sering memenuhi ruang. Pengunjung dari jauh dinasihat membuat tempahan.Walau restorannya agak besar tetapi pengunjung sering memenuhi ruang. Pengunjung dari jauh dinasihat membuat tempahan.Namun begitu, ia masih dipenuhi pelanggan tetap, pelancong dan pekerja pejabat yang mahu menjamu selera lauk tengah hari.

Sambil menikmati hidangan, anda juga dijamu mata dengan keindahan bendang yang luas terbentang kerana lokasinya yang terletak di kawasan perkampungan bersawah padi.

Restoran Lembah Bernam terletak di Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang, Sekinchan. Dibuka pada pukul 11 pagi hingga 5 petang kecuali setiap hari ini (Jumaat).

Pengunjung juga boleh membuat tempahan awal sebelum sampai ke restoran dengan menghubungi talian 019 213 36 65. Cari di Facebook: Restoran Lembah Bernam.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline