Wednesday November 15, 2017
1:20 PM GMT+8

Lagi berita

Nasi pilau bersama kari kambing dipelajari Nor Azizah Abdul Karim ketika menuntut di London. — Foto-foto oleh Choo Choy May Nasi pilau bersama kari kambing dipelajari Nor Azizah Abdul Karim ketika menuntut di London. — Foto-foto oleh Choo Choy May PETALING JAYA, 15 Nov ― Baru dibuka sebulan lalu, masakan di gerai Lontong & Such habis seawal 10 pagi lagi setelah semakin ramai mengetahuinya.

Gerai pasangan Azlan Aziz dan Nor Azizah Abdul Karim serta rakan mereka Shazniza Shamsuddin mendapat liputan empat halaman Sunday Mail, Ahad lalu.

Lontong dan nasi lemak untuk sarapan habis awal dan mereka menyediakan jumlah lebih besar awal minggu ini untuk menampung permintaan pelanggan.

Azlan pernah bertugas di Hilton KL, Legend Hotel dan TV3. Beliau bekerja di London sebagai perancang perkahwinan sementara isterinya belajar di sana.

Lontong mencetus ilham perniagaan gerai Lontong & Such di SS3 Petaling Jaya. Ia dijual mulai RM5.Lontong mencetus ilham perniagaan gerai Lontong & Such di SS3 Petaling Jaya. Ia dijual mulai RM5.Idea membuka gerai ini, di Lot No. 21 Wawasan Selera di Jalan SS3/33 Petaling Jaya, bermula setahun lalu.

Azlan dan isterinya sudah ada jenama sendiri Ooga Ooga Food Industries, menjual roti kayu manis, kambing bakar dan puding Yorkshire.

Apabila berpeluang membuka premis di medah selera tersebut, dekat pula dengan rumah, mereka memutuskan untuk menjual lontong sebagai menu utama.

"Kami orang Jawa. Saya membesar dengan lontong dan suka mencuba hidangan lontong dari harga murah hingga yang mahal," kata Azlan, berasal dari Johor.

"Sebagai seorang penduduk SS3 tiba-tiba saya terfikir, kenapa tidak membuka warung lontong?"

Penggerak utama Lontong & Such (dari kiri): Shazniza Shamsuddin (Shaz), Nor Azizah Abdul Karim (Azie) and Azlan Aziz. Penggerak utama Lontong & Such (dari kiri): Shazniza Shamsuddin (Shaz), Nor Azizah Abdul Karim (Azie) and Azlan Aziz. Di sini, anda boleh memilih lontong, nasi lemak dan sarapan Inggeris. Terdapat juga lempeng pisang namun ia bergantung kepada bekalan pisang.

Pada hari minggu, Lontong & Such menyediakan menu berlainan pula: soto ayam, rendang itik dan nasi pilau dengan kari kambing.

Rendang itik memang kemahiran Shazniza, sementara nasi pilau pula dipelajari Nor Azizah daripada warga Pakistan ketika belajar di London.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati pasta aglio olio, kambing bakar dan masakan terkenal Nor Azizah, shepherd's pie atau pai daging dan kentang.

Kari kambing yang masih di kuali (kiri) dan sarapan Inggeris dengan roti Jawa, sosej, kacang panggang, telur dan cendawan.Kari kambing yang masih di kuali (kiri) dan sarapan Inggeris dengan roti Jawa, sosej, kacang panggang, telur dan cendawan.Setiap hari, lontong dengan pelbagai lauk dijual. Bermula dengan harga RM5, anda boleh menambah lauk paru, ayam atau sotong.

Lontong & Such dibuka setiap hari kecuali Jumaat antara pukul 7.30 pagi hingga 2.30 petang di Wawasan Selera, Jalan SS3/33 Petaling Jaya.

Anda juga boleh menyemak Facebook mereka: Lontong & Such SS3.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline