Saturday November 4, 2017
4:26 PM GMT+8

Lagi berita

Set 14 menu setalam di Warong Lalapan menyajikan antaranya kambing bakar Jember, ayam lalapan, bergedel, tempe dan sup bakso. ― Foto-foto ihsan Facebook/Warong LalapanSet 14 menu setalam di Warong Lalapan menyajikan antaranya kambing bakar Jember, ayam lalapan, bergedel, tempe dan sup bakso. ― Foto-foto ihsan Facebook/Warong LalapanKUALA LUMPUR, 4 Nov ― Bagi yang merindui masakan Jawa dari Surabaya, anda boleh cuba set 14 menu setalam di Warong Lalapan di Sungai Besar, Selangor.

Hidangan untuk empat hingga enam orang itu menyajikan 14 masakan, antaranya lain kambing bakar Jember, ayam lalapan dan telur, lapor Kosmo!.

Selain itu bergedel, mi segera goreng, tempe, kentang goreng, tauhu, ulaman, sos, sambal, sup bakso dan nasi putih serta air sirap berharga RM45 satu set.

Pengunjung Warong Lalapan di Sungai Besar boleh memilih duduk bersila (kiri) atau makan di meja. Pengunjung Warong Lalapan di Sungai Besar boleh memilih duduk bersila (kiri) atau makan di meja. Hidangan istimewa lain yang menjadi pilihan pengunjung termasuklah set nasi kambing Jember dan nasi gulai kambing, berharga RM11 setiap satu.

“Istimewanya set kambing ini ialah rempah khas yang diadun dengan rasa tempatan sebelum dibakar,” kata pemiliknya, mesra dipanggil Ibni.

“Manakala gulai kambing dimasak menggunakan rempah khas dari Jawa.”

Beliau mendapat idea itu sewaktu melancong ke Surabaya, Jawa Timur pada 2015.

Di tepi jalan utama Kuala Selangor-Sabak Bernama, Warong Lalapan dibuka setiap hari kecuali Jumaat.Di tepi jalan utama Kuala Selangor-Sabak Bernama, Warong Lalapan dibuka setiap hari kecuali Jumaat.Mengusahanya di Kampung Panchang Bendana, Ibni berkata nasi lalapan ayam kampung, burung puyuh, ikan keli dan talapia turut digemari pengunjung.

Katanya, ayam dan puyuh itu diperap terlebih dahulu dengan rempah khas, kemudian dikukus dan digoreng. Harga RM5.50 hingga RM8.50 bagi semua menu.

Di tepi jalan utama Kuala Selangor-Sabak Bernam, Warong Lalapan dibuka setiap hari kecuali Jumaat, bermula 11 pagi hingga 11 malam.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline