Thursday November 2, 2017
9:58 AM GMT+8

Lagi berita

Mi bandung bersama bersama gearbox, tulang bahagian kaki, kambing menjadi kegemaran ramai di gerai Semangkuk Batang Benar, Nilai. — Foto oleh Abdul Rahim Sabri Mi bandung bersama bersama gearbox, tulang bahagian kaki, kambing menjadi kegemaran ramai di gerai Semangkuk Batang Benar, Nilai. — Foto oleh Abdul Rahim Sabri NILAI, 2 Nov — Mi bandung gearbox kambing dan cendol tempurung special tarikan utama pengunjung ke gerai Semangkuk Batang Benar dekat sini.

Harganya berpatutan, sesuai dengan bahan yang dimasukkan dalan setiap hidangan itu. Mi bandung gearbox kambing berharga RM14.

Juadah kegemaran ramai itu tidak dapat dijual “beberapa hari” September lalu kerana bekalan tulang itu habis stok, kata pemiliknya di Facebook.

Bagi cendol tempurung special — gabungan cendol durian, tapai dan aiskrim — mereka jual dengan harga RM10.50.

Cendol dengan durian, aiskrim dan tapai dapat melegakan dahaga pengunjung warung ini, di Jalan Nilai-Pajam, Negeri Sembilan. — Foto oleh Abdul Rahim SabriCendol dengan durian, aiskrim dan tapai dapat melegakan dahaga pengunjung warung ini, di Jalan Nilai-Pajam, Negeri Sembilan. — Foto oleh Abdul Rahim SabriBagi cendol dengan gabungan itu tanpa tapai RM9.50. Cendol biasa pula RM2.50.

“Kita pernah terputus bekalan. Kalau durian itu mahal sangat, kita tidak beli. Kita ada simpanan isi durian,” kata pemiliknya Mohd Irfan Mustafa, 32.

“Kalau [bekalan] mahal sangat kita tidak ambil. Jadi kita jual yang mana ada saja. Harga kekal.”

Membesarkan perniagaan pada hujung 2015, kedai itu terletak di Kampong Batang Benar, Jalan Nilai-Pajam, Negeri Sembilan.

Hanya bermula dengan khemah kecil, Mohd Irfan berkata pihaknya turut menawarkan juadah lain yang tidak kurang hebatnya.

Masakan itu: mi bandung sotong jumbo RM20 hingga RM32 semangkuk (harga mengikut berat sotong). Mi kari ketam RM13 hingga RM20 mengikut saiz ketam.

Masakan lain termasuklah mi bandung tulang (RM11), laksa mangkuk tanah liat (RM9.50). Sarapan pagi turut disediakan di gerai itu.

“Kalau hari bekerja, pelanggan utama dari kawasan sekitar. Tapi kalau hujung minggu pengunjung dari Seremban atau Kuala Pilah,” kata Mohd Irfan lagi.

Tiada siapa sangka jualan cendol biasa lima tahun lalu dengan seorang rakannya, kini mereka mempunyai 10 orang pekerja.

Warung popular ini dibuka mulai 8.45 pagi hingga 6.30 petang. Anda boleh menyemak senarai juadah mereka di Facebook Semangkuk Batang Benar.

Jika anda dari Kuala Lumpur atau Melaka, cari jalan 3265 di kawasan perindustrian Nilai di peta Google. Kalau susah, guna sahaja Waze.  

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline