Thursday January 18, 2018
12:07 PM GMT+8

Lagi berita

Cendol durian, yang tersebar meluas bulan Ramadan 2017, masih digemari ramai walau harganya kini RM13 semangkuk. — Foto-foto ihsan Facebook/Cendol Durian Runtuh CowKitCendol durian, yang tersebar meluas bulan Ramadan 2017, masih digemari ramai walau harganya kini RM13 semangkuk. — Foto-foto ihsan Facebook/Cendol Durian Runtuh CowKitKUALA LUMPUR, 18 Jan — Sejak beritanya tersebar di media sosial bulan puasa lalu, warung Cendol Durian Runtuh terus menjadi buruan ramai. 

Setiap hari, sekitar 2 petang, pelanggan mula menunggu di warung Lorong Raja Bot ini untuk menikmati keenakannya, apatah lagi ketika cuaca panas.

Warung ini menjual kira-kira 500 mangkuk cendol setiap hari. Dengan khidmat layan diri, pelanggan beratur untuk semangkuk kepuasan.

“Dulu kami berniaga masakan panas, tapi pada awal 2015 cuba buat cendol durian, alhamdulillah laris.

“Bulan puasa tahun lalu tiba-tiba tular dan sejak itu memang tidak menang tangan,” kata Hani Mohd, 42, kepada ProjekMMO semalam.

Pemilik warung Hani Mohd berdiri di depan gerainya dengan longgokan durian. Isi durian yang besar-besar di dalam mangkuk cendol menggoda pelanggan ke sini.Pemilik warung Hani Mohd berdiri di depan gerainya dengan longgokan durian. Isi durian yang besar-besar di dalam mangkuk cendol menggoda pelanggan ke sini.Beliau tidak berdepan masalah kekurangan bekalan durian kerana suaminya mempunyai ramai kenalan di kalangan pembekal.

Namun Cendol Durian Runtuh terpaksa menaikkan harga dari RM10 kepada RM13 tetapi masih mengekalkan kualiti dan kuantiti yang sama.

Jumlah ulas durian yang diletakkan dalam cendol bergantung kepada saiz durian. Durian yang digunakan biasanya durian kampung dan durian D24.

Dibuka pada 12 tengah hari sehingga 3 pagi setiap hari, pelanggan boleh meletak kenderaan di kawasan parkir sebelah kiri warung.

Peminat cendol durian Chow Kit beratur di depan warung layan diri ini untuk membuat dan mengambil pesanan masing-masing. Peminat cendol durian Chow Kit beratur di depan warung layan diri ini untuk membuat dan mengambil pesanan masing-masing. Tempat parkirnya terhad dan selalunya sesak dengan lori yang membawa bekalan bahan mentah untuk pasar berhampiran.

Jadi ramai yang meletak kereta di sepanjang Jalan Raja Alang, di kawasan sekitar pasar Chow Kit atau, kalau terpaksa, di Kampung Baru. 

Harga semangkuk: cendol durian RM13, cendol durian pulut RM14 dan jika dibungkus, RM15. Setiap tambahan pulut akan dikenakan caj hanya RM1.

Buat mereka yang mahu ke sini, kalau anda dari Jalan Raja Abdullah, belok ke Jalan Raja Alang, kemudian belok ke Lorong Raja Bot, pasti jumpa.

Cendol durian, dengan sedikit jagung, di dalam cawan besar siap untuk dibawa pulang dengan harga RM15. Cendol durian, dengan sedikit jagung, di dalam cawan besar siap untuk dibawa pulang dengan harga RM15. Kalau dari Jalan Tuanku Abdul Rahman, belok ke Jalan Raja Alang, melewati pasar Chow Kit, kemudian belok ke Lorong Raja Bot. 

Warung ini di penjuru luar gudwara Sikh, betul-betul di tepi simpang Jalan Raja Alang dengan Lorong Raja Bot. Di sini ada pasar pada sebelah malam.

Lebih mudah, guna sahaja aplikasi peta Google atau Waze di telefon anda.

Anda boleh menyemak Facebook: Cendol Durian Runtuh CowKit atau hubungi 011 2106 1685 untuk pertanyaan lanjut.

Iklan

Iklan

MMO Instagram