Wednesday January 24, 2018
12:41 PM GMT+8

Lagi berita

Sate Padang Pak Saf di Kampung Baru sudah bertapak hampir tiga dekad. Kuah kuning dengan bawang goreng menambah perisa. — Foto Malay MailSate Padang Pak Saf di Kampung Baru sudah bertapak hampir tiga dekad. Kuah kuning dengan bawang goreng menambah perisa. — Foto Malay Mail

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Jika anda mencari kelainan, sate Padang berkuah kuning di Kampung Baru harus menjadi sasaran anda.

Sate Padang, sempena nama kota utama di Sumatera Barat, dengan kuah yang unik tidak sama dengan kuah kacang sate di Malaysia.  

Berdekatan stesen LRT Kampung Baru di sini, Sate Padang Pak Saf terletak di  simpang Jalan Raja Muda Musa, satu lubuk makanan Melayu.

Bertapak sejak 27 tahun lalu, kepekatan kuah dan kelembutan daging sate menarik peminatnya, termasuk pelancong ke kawasan ini.

Gerai sate Padang Pak Saf di Kampung Baru seperti foto yang dimuat di Facebooknya pada 30 Mei 2016. Gerai sate Padang Pak Saf di Kampung Baru seperti foto yang dimuat di Facebooknya pada 30 Mei 2016. Ditabur dengan kacang dan bawang goreng, seperti gaya makan di Indonesia, anda juga boleh memesan hidangan pilihan nasi impit.

Betul-betul di tepi jalan, ia hanya ada dua buah meja dan beberapa kerusi. Kebanyakan pelanggan memesan sate ini untuk dibawa pulang.

Dibuka di sebelah petang, lebih kurang jam 5.30, gerai sate padang ini boleh di semak melalui Facebook: Sate Padang Pak Saf.

Malah, jika ada mencari di Google Street View, gerai sate ini muncul dalam foto yang dirakam oleh aplikasi itu pada September lalu.

Sate di warung Zainah Ismail di Jalan Keramat dijual dengan harga RM1.30 secucuk (ayam) dan RM1.60 (daging). — Foto MMO Sate di warung Zainah Ismail di Jalan Keramat dijual dengan harga RM1.30 secucuk (ayam) dan RM1.60 (daging). — Foto MMO Jika anda bergerak melalui LRT lagi, ke stesen Damai, anda boleh menikmati sate yang juga popular: di No 3437 Jalan Keramat.

Sering mendapat ulasan positif di blog makanan, Sate Zainah Ismail disifatkan antara sate terbaik di Kuala Lumpur.

Warung ini yang dibuka sejak 1987 dibuka dari 6 petang hingga tengah malam.

Sebatang sate ayam dijual dengan harga RM1.30 manakala sate daging lembu RM1.60 secucuk. Harganya boleh dikira berpatutan jika dilihat saiz sate.

Baca seterusnya di Malay Mail.

Iklan

Iklan

MMO Instagram