Friday November 10, 2017
2:59 PM GMT+8

Lagi berita

 Pekerja sedang menyiapkan enam biji burger cincang besar di gerai Tip Top Burger di Bandar Baru Bangi pada kunjungan Oktober 2017. — Foto oleh Fathi Aris Omar Pekerja sedang menyiapkan enam biji burger cincang besar di gerai Tip Top Burger di Bandar Baru Bangi pada kunjungan Oktober 2017. — Foto oleh Fathi Aris Omar KUALA LUMPUR, 10 Nov — Pemilik Tip Top Burger hanya ketawa kecil apabila disebut burger yang dijual di gerainya “sebesar pinggan”.

“Tapi burger kahwin cincang roti besar ini murah dan berbaloi,” kata Shahrim Ismail, 54, pengusaha gerai tersebut di Seksyen 15, Bangi.

Pesara kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu berkata burger itu antara pilihan pelanggannya yang mengunjungi gerainya setiap malam. 

Rata-rata, katanya lagi, pengunjung suka kerana harganya murah dan berbaloi. Ada dua biji telur, lada hitam, mayonis dan sedikit sayur. 

 Shahrim Ismail (kiri) bersama pelawak terkenal dan DJ radio Johan Raja Lawak yang singgah di gerainya. — Foto ihsan Facebook/Tip Top Burger Shahrim Ismail (kiri) bersama pelawak terkenal dan DJ radio Johan Raja Lawak yang singgah di gerainya. — Foto ihsan Facebook/Tip Top BurgerSebiji, sebesar pinggan saiz sederhana atau ukuran “roti Arab”, dengan harga RM6 boleh dinikmati oleh dua atau tiga orang.

“Kita campur daging dan ayam yang dicincang bersama ramuan sendiri. Sayur [dalam burger itu ada cukup], ada mayonis. 

“Kalau hendak tambah keju, kita caj RM1,” kata Shahrim kepada ProjekMMO.

Dua anak lelakinya membantu menguruskan gerai burgernya itu, di simpang antara Jalan 15/1A dengan Jalan 15/3, setiap malam.

Gerai burger Shahrim dilihat dari arah Jalan 15/1A, Seksyen 15 di Bangi pada waktu malam. — Foto oleh Fathi Aris OmarGerai burger Shahrim dilihat dari arah Jalan 15/1A, Seksyen 15 di Bangi pada waktu malam. — Foto oleh Fathi Aris OmarUntung kira-kira RM5,000 sebulan membolehkan beliau melebarkan sayap dengan membuka cawangan baru Tip Top Burger, Kawin Cincang di Klang.

“Anak saya seorang lagi yang menguruskan di sana. Hampir lima bulan di Bandar Baru Klang,” kata Shahrim, bapa kepada tiga anak itu.

Namun hasil jualan dan keuntungan menurun apabila pelanggannya berkurangan khususnya ketika pelajar universiti bercuti semester.

Ia terletak lebih kurang satu kilometre dari kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dua kilometer dari plaza tol Bangi.

Pekerja sedang menyiapkan roti burger di gerai Tip Top Burger di Bandar Baru Bangi. — Foto ihsan Facebook/Tip Top BurgerPekerja sedang menyiapkan roti burger di gerai Tip Top Burger di Bandar Baru Bangi. — Foto ihsan Facebook/Tip Top BurgerDitanya bagaimana idea ini boleh tercetus, Shahrim berkata beliau berniaga burger ketika masih bertugas di JKR tetapi pada waktu malam sahaja.

“Saya sudah berniaga burger hampir 30 tahun. Mula-mulanya di Chow Kit, Kuala Lumpur. Di Bangi ini, sudah 18 tahun,” jelasnya.

Berasal Jitra, Kedah, beliau mendapat idea burger cincang secara “spontan” empat tahun lalu sebelum mencubanya.

Shahrim turut menjual pelbagai lagi jenis burger cincang lain seperti arnab, burung unta, kambing, rusa dan ikan dengan harga RM9 setiap satu.

Jika anda sampai di hujung Jalan 15/1A, Seksyen 15 Bangi, anda akan bertemu gerai burger Shahrim ini di sebelah kiri. — Foto ihsan Facebook/Tip Top BurgerJika anda sampai di hujung Jalan 15/1A, Seksyen 15 Bangi, anda akan bertemu gerai burger Shahrim ini di sebelah kiri. — Foto ihsan Facebook/Tip Top BurgerPelbagai latar belakang pengunjung ke gerainya termasuk selebriti seperti Johan Raja Lawak, Sabri Fadzil dan Shamsul Ghau Ghau.

Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi gerai Tip Top Burger di hujung Jalan 15/1A Seksyen 15, Bandar Baru Bangi setiap hari kecuali Isnin.

Gerainya dibuka selepas maghrib, atau 7 malam, sehingga 4 pagi, bergantung kepada stok yang ada.

Mereka yang memandu dari lebuh raya PLUS harus membuat pusingan U di bulatan kedua selepas tol dan membelok ke kiri apabila berjumpa stesen Petronas.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline