Monday November 6, 2017
11:31 AM GMT+8

Lagi berita

Penyanyi Azhar Osman, peserta AF Megastar, suka menikmati nasi lemak rendang ayam di waktu pagi, sementara malam pula bakso. — Foto ihsan Instagram/ Azhar Osman Penyanyi Azhar Osman, peserta AF Megastar, suka menikmati nasi lemak rendang ayam di waktu pagi, sementara malam pula bakso. — Foto ihsan Instagram/ Azhar Osman KUALA LUMPUR, 6 Nov — Lebih dikenali menerusi kumpulan Azhael, Mohd Azhar Osman masih mencari rentak untuk bertapak dalam hiburan tanah air.

Pernah popular mencipta nama bersama Hael Husaini, Azhar tidak melepaskan peluang berkongsi lokasi makanan kegemarannya bersama peminat.  

“Saya memilih untuk bersarapan di Mak Jah Cafe di Ampang. Chef Wan juga selalu mengirim di media sosial mengenai kuih-kuihnya yang sangat menarik. 

“Nasi lemaknya pun memang sedap. Saya pilih nasi lemak dengan lauk rendang ayam. Telur dan timun wajib ada bersama,” katanya kepada ProjekMMO.Lontong antara juadah sarapan yang digemari di Mak Jah Cafe di Jalan Kolam Air Lama, Ampang. — Foto ihsan Instagram/FrifhanLontong antara juadah sarapan yang digemari di Mak Jah Cafe di Jalan Kolam Air Lama, Ampang. — Foto ihsan Instagram/Frifhan

Mak Jah Cafe di Jalan Kolam Air Lama, Ampang menghidangkan pelbagai menu sarapan seperti nasi lemak, roti canai dan kuih-muih. 

Selebriti tempatan yang pernah berkunjung ke sini termasuklah Nora Danish, Elfira Loy dan Zamani.

Azhar, 29, berkata waktu tengahari lebih banyak diluangkan menikmati air vanila di Coffee Bean daripada menjamah nasi atau makanan berat lain.

“Saya biasa elak makan tengahari dan biasanya menikmati air vanila di Coffee Bean. Di sana saja saya boleh menikmati vanilla asli,” katanya.

Warung bakso tanpa nama, tidak jauh dari restoran Kari Gegar (foto) di Taman Dagang, Ampang turut menjadi pilihan Azhar. — Foto ihsan Facebook/Kari GegarWarung bakso tanpa nama, tidak jauh dari restoran Kari Gegar (foto) di Taman Dagang, Ampang turut menjadi pilihan Azhar. — Foto ihsan Facebook/Kari GegarBeralih ke hidangan malam, Azhar lebih gemar menikmati bakso di Taman Dagang, Ampang.

Penyanyi Mencinta berkata warung kegemarannya itu tidak mempunyai nama namun berada di sekitar restoran Kari Gegar milik penyanyi Aizat.

“Kalau berada di kawasan Ampang, saya biasa makan bakso di Taman Dagang. Bebola dagingnya sangat sedap.

“Tiada nama kedai kerana ia warung biasa. Tetapi ia dekat dengan restoran Aizat Kari Gegar,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline