Thursday October 26, 2017
6:03 PM GMT+8

Lagi berita

Hidangan yang dipesan seorang pengunjung kafe Eat & Repeat di Bangi, 21 Oktober 2017. — Foto ihsan Facebook/Arora Ateh   Hidangan yang dipesan seorang pengunjung kafe Eat & Repeat di Bangi, 21 Oktober 2017. — Foto ihsan Facebook/Arora Ateh SHAH ALAM, 26 Okt — Bagi individu yang ingin makan di luar tetapi mempunyai bajet kecil, anda boleh singgah di kafe Eat & Repeat.

Semua 15 menu yang dihidangkan di lima cawangannya ditawarkan dengan harga RM1.90 setiap hidangan, lapor Sinar Harian

Antaranya, nasi goreng Cina, nasi goreng kampung, nasi putih ayam kunyit, nasi lemak telur dadar, soto, lontong, mi bandung, mi kari dan mi rebus.

Selain itu, restoran itu menghidangkan mi celup, laksa, kepak ayam tandori serta pencuci mulut, pulut mangga, sagu gula Melaka, ais krim brownies.

“Memang harga menu kami semuanya RM1.90, tapi itu bukan bermakna kami pandang remeh berkenaan kuantiti dan rasa hidangan disediakan.

“Paling penting, berbaloi buat pelanggan,” kata Mohd Hanafi Ramli, 33, pengusaha Eat & Repeat di Senawang, Negeri Sembilan kepada akhbar itu.

Restoran Eat & Repeat cawangan Bangi. — Foto ihsan Facebook/Aisyah Mat Nayan  Restoran Eat & Repeat cawangan Bangi. — Foto ihsan Facebook/Aisyah Mat Nayan Urus niaga restorannya bermula 12 tengah hari hingga 10 malam setiap Selasa hingga Ahad.

Seorang pengunjung kafe itu di cawangan Bangi memuji masakan, dimuatkan di dalam mangkuk, yang dihidangkan.

“... paling penting rasanya. Memang tidak mengecewakan terutama [makanan] kegemaran kakak iaitu lontong... Haaa, wajib cuba sebab sedap sangat,” coret Arora Ateh di Facebooknya, Ahad lalu.

Tiga lagi cawangannya di Shah Alam, Kuala Selangor dan Melaka.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline