Wednesday January 3, 2018
11:12 AM GMT+8

Lagi berita

Penyanyi remaja Wani Kayrie tidak segan mengakui meminati belacan dan budu, selain ayam kampung di restoran Publika. — Foto ihsan Instagram/Wani Kayrie Penyanyi remaja Wani Kayrie tidak segan mengakui meminati belacan dan budu, selain ayam kampung di restoran Publika. — Foto ihsan Instagram/Wani Kayrie PETALING JAYA, 3 Jan — Jika dilihat dari raut wajah, mungkin ramai tidak menjangka penyanyi “Aku Suka Kamu” ini baru berusia 17 tahun.

Begitulah hakikat yang harus ditempuh Wani Kayrie apabila sering diajukan soalan rupa parasnya lebih matang daripada usia.

Penyanyi remaja ini, kini sudah empat lagu, yang muncul sejak program "Kamilah Bintang" di Astro Ceria mempunyai cita rasa sendiri.

Jarang mengambil sarapan pagi, bekas pelajar Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman di sini gemar menikmati ayam kampung pada waktu tengah hari.

Ayam kampung goreng dan masak lemak kunyit (atas kiri), bersama kari kambing (kanan) dihidang dengan budu, petai dan jantung pisang. — Foto ihsan Facebook/PublikaAyam kampung goreng dan masak lemak kunyit (atas kiri), bersama kari kambing (kanan) dihidang dengan budu, petai dan jantung pisang. — Foto ihsan Facebook/PublikaMemilih restoran Ayam Kampung Publika di Damansara Perdana, Wani berkata ia antara lokasi makan tengah harinya jika berkelapangan.

“Saya makan ayam kampung dengan budu dan belacan sebab saya memang suka makanan kampung,” katanya, sambil mengukir senyuman.

Restoran yang dibuka setiap hari dari 11.30 pagi hingga 4 petang ini turut menyediakan tempahan untuk pelbagai acara.

Dibuka sejak 2015, ayam kampung yang digoreng di sini turut dihidang bersama ikan kembung bakar, kari kambing dan telur masin.

Satu hidangan ringkas di restoran Publika, ikan panggang bersama budu dan telur masin. Lauknya pula sotong dan telur goreng. — Foto ihsan Facebook/PublikaSatu hidangan ringkas di restoran Publika, ikan panggang bersama budu dan telur masin. Lauknya pula sotong dan telur goreng. — Foto ihsan Facebook/PublikaSelebriti yang pernah berkunjung ke restoran ini termasuklah Datuk Farid Kamil, Jehan Miskin, Nora Danish dan Maria Tunku Sabri.

Beralih ke hidangan malam, penyanyi “Jangan Jangan” gemar memilih laksa atau sup sebelum masuk ke alam mimpi.

“Saya suka makan sup, laksa atau roti. Saya tidak ambil makanan tengah malam sebab saya jenis tidur awal.

“Jadi saya hadkan waktu makan saya sebelum 8 malam,” katanya.

Asam laksa di Ah Cheng Laksa menjadi pilihan ramai pelanggannya, dianggap 'terbaik' di Kuala Lumpur. — Foto ihsan Facebook/Ah Cheng LaksaAsam laksa di Ah Cheng Laksa menjadi pilihan ramai pelanggannya, dianggap 'terbaik' di Kuala Lumpur. — Foto ihsan Facebook/Ah Cheng LaksaWani berkata restoran Ah Cheng Laksa menjadi pilihannya pada waktu malam bagi menikmati rasa sebenar hidangan itu di sana.

Restoran ini, terletak di e @ Curve Mutiara Damansara dan Giant Seksyen 13 Shah Alam, turut menyediakan beberapa kiosk untuk santapan pengunjung.

Kiosk restoran ini boleh dikunjungi di Berjaya Times Square, Sunway Pyramid, Aeon Bukit Raja, Festival City Mall dan Avenue K di Jalan Ampang.

Asam laksa, laksa kari, nasi lemak rendang, sup herba ayam dan air batu campur antara menu istimewa jika pengunjung singgah di restoran ini.

Selain laksa, nasi lemak rendang, sup herba ayam dan mi kari (foto) disajikan di Ah Cheng Laksa. — Foto ihsan Facebook/Ah Cheng LaksaSelain laksa, nasi lemak rendang, sup herba ayam dan mi kari (foto) disajikan di Ah Cheng Laksa. — Foto ihsan Facebook/Ah Cheng Laksa

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline