Thursday January 25, 2018
11:41 AM GMT+8

Lagi berita

Selain asam pedas ikan merah (foto) dan pari yang digemari ramai, restoran Ajai juga menyediakan asam pedas ayam. ― Foto oleh Aliff Fikri AzizSelain asam pedas ikan merah (foto) dan pari yang digemari ramai, restoran Ajai juga menyediakan asam pedas ayam. ― Foto oleh Aliff Fikri AzizKUALA LUMPUR, 25 Jan ― Asam pedas Muar dengan pilihan pari, ikan kembung atau ikan merah agak mudah didapati di banyak kedai yang menjualnya.

Tetapi penggubah lagu terkenal Ajai membawa menu asam pedas ayam dengan kuahnya yang pekat, satu kelainan di restorannya Asam Pedas Hirup di sini.

"Semua bahan mentah termasuk ayam dan ikan saya beli sendiri setiap hari Isnin di Pasar Borong Selayang bagi memastikan kualiti terjamin serta memberikan kepuasan kepada pelanggan," katanya kepada ProjekMMO.

Penerbit album EMAS penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Ajai berkata pelanggan bagaimanapun menggemari asam pedas ikan merah dan pari.

Di restoran Ajai, asam pedas ayam boleh dinikmati sama ada dengan nasi, roti canai atau roti Benggali. ― Foto ihsan Instagram/Asam Pedas Hirup AjaiDi restoran Ajai, asam pedas ayam boleh dinikmati sama ada dengan nasi, roti canai atau roti Benggali. ― Foto ihsan Instagram/Asam Pedas Hirup AjaiMenurut penggubah lagu "Simbiosis", menu asam pedas tersebut bukan saja air tangannya malah resipi keluarganya yang berasal dari Muar sejak dulu lagi.

"Resipi ini dari ibu saya sebenarnya, yang istimewanya adalah dari segi rasa dan kuahnya yang pekat berbanding tempat lain," katanya semalam.

Ajai, nama glamor Mohd Faizal Maas, 41, membuka restoran berkenaan di Taman OUG Parklane di sini sejak 28 Disember lalu.

Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kelazatan makanannya, katanya lagi ketika ditemui di resorannya, yang menawarkan empat set makanan.

Penggubah terkenal Ajai melayan pelanggan di kaunter bayaran restorannya di OUG Parklane, Kuala Lumpur. ― Foto oleh Aliff Fikri AzizPenggubah terkenal Ajai melayan pelanggan di kaunter bayaran restorannya di OUG Parklane, Kuala Lumpur. ― Foto oleh Aliff Fikri AzizHarga set A iaitu nasi dengan ikan merah, telur dan sayur berharga RM20. Manakala set B pula nasi, ikan pari, telur serta sayur bernilai RM15.

Untuk set C: nasi putih, ikan kembung, telur dan sayur RM12. Bagi set D, nasi putih, ayam, telur dengan sayur, juga RM12.

Harga bagi hidangan bukan set: asam pedas ikan merah RM30 (kepala), ikan merah (sepotong) RM15, ikan pari RM10 dan ayam RM7.

Juadah lain di restoran ini termasuklah nasi ayam raja, sup ikan merah, nasi goreng mualaf dan roti Benggali.

Roti Benggali dengan asam pedas ikan merah berharga RM17, dengan asam pedas pari (RM12) dan dengan asam pedas ayam (RM8).

Set B hidangan asam pedas pari dengan nasi, telur dan sayur yang berharga RM15. ― Foto oleh Aliff Fikri AzizSet B hidangan asam pedas pari dengan nasi, telur dan sayur yang berharga RM15. ― Foto oleh Aliff Fikri AzizAsam Pedas Hirup dibuka setiap hari kecuali Isnin antara 10 pagi sehingga 10 malam. Ia berada berdekatan restoran nasi kandar D'Tanjong.

Jika mahu ke sini, dari Jalan Puchong, belok ke Jalan 1/152 sehingga nampak pangsapuri Parklane. Kedai Ajai berada di bawahnya di nombor A2-0-19.

Lebih mudah, guna sahaja aplikasi Waze atau peta Google di telefon anda.

Anda boleh menyemak Instagram: Asam Pedas Hirup Ajai atau hubungi 03-2175 5580 dan 03-2175 5581 untuk pertanyaan lanjut.

Iklan

Iklan

MMO Instagram