Friday October 27, 2017
2:44 PM GMT+8

Lagi berita

Akok Jertih, jenama kuih tradisi ini, laris dijual di gerainya di belakang masjid utama di pekan ini sejak empat bulan lalu. ― Foto ihsan Facebook/Akok JertihAkok Jertih, jenama kuih tradisi ini, laris dijual di gerainya di belakang masjid utama di pekan ini sejak empat bulan lalu. ― Foto ihsan Facebook/Akok JertihJERTEH, 27 Okt ― Jualan Akok Jertih lapan perisa, hasil ubah suai resipi seorang usahawan wanita di sini, laris sehingga 8,000 biji sehari.

Ropuan Amit, 38, menyediakan kuih itu dengan perisa durian, pisang, jagung, kurma, kacang merah, kacang hijau, pandan dan baulu sejak empat bulan lalu.

Mesra disapa Che Su, beliau dibantu keluarga termasuk menantunya, yang mewarisi perniagaan akok keluarga dan kuih tradisi di Kelantan, lapor Harian Metro.

“Bagi memastikan kemahiran yang ada tidak hilang, kami sepakat menggabungkan resipi istimewa pembuatan akok [itu] ...,” katanya.

Pernah mengusahakan akok 10 tahun lalu, Ropuan menjual kuih ini di gerai belakang Masjid Hadhari, tepi jalan utama Kuala Terengganu-Kota Baru. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline