Wednesday January 10, 2018
1:01 PM GMT+8

Lagi berita

Apam balik perisa keju coklat yang dijual di trak Apam Balek FN di depan masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat. ― Foto-foto ihsan Facebook/Apam Balek FN Apam balik perisa keju coklat yang dijual di trak Apam Balek FN di depan masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat. ― Foto-foto ihsan Facebook/Apam Balek FN KUALA LUMPUR, 10 Jan ― Apam balik sejenis kuih yang boleh ditemui di pasar malam dengan jagung, kacang tanah dan gula sebagai isi asasnya.

Ramai tidak tahu apam balik juga terdapat dalam pelbagai perisa seperti keju dan coklat, antaranya boleh didapati depan masjid Bukit Aman.

Apam Balek FN, gerai milik Faiz Abdul Ghani, 38, yang dibuka sejak 2010 kini menjadi tumpuan ramai dan terjual lebih 200 keping setiap hari.

Lori Apam Balek FN, diletakkan di kawasan parkir di depan masjid, boleh dilihat dengan jelas dari jalan utama depan Bukit Aman.Lori Apam Balek FN, diletakkan di kawasan parkir di depan masjid, boleh dilihat dengan jelas dari jalan utama depan Bukit Aman.Beliau mendapat idea membuat apam pelbagai perisa daripada pengalamannya selama 11 tahun bekerja di hotel yang menyediakan hidangan tersebut.

Ia dibuka setiap Isnin hingga Jumaat antara 12 tengah hari hingga 6.30 petang. Pelanggan boleh meletak kenderaan di kawasan masjid untuk membelinya.

Trak makanan ini biasanya akan dipenuhi pengunjung ketika waktu minum petang atau pulang kerja, sekitar jam 3 hingga 6 petang.

Apam balik durian keju coklat perisa terkini Apam Balek FN tetapi ia bergantung pada bekalan durian yang diperolehinya. Apam balik durian keju coklat perisa terkini Apam Balek FN tetapi ia bergantung pada bekalan durian yang diperolehinya. Apam baliknya yang paling laris perisa keju dan coklat yang dijual RM6. Apam balik keju sahaja berharga RM5, antara lebih kurang 20 pilihan perisa.

Antaranya apam balik biasa, keju jagung, kismis kacang, mentega kacang, keju Oreo, kacang coklat, durian dan terbaru durian keju coklat.

Contoh harganya: apam balik biasa RM3, keju jagung RM6, kacang jagung coklat RM7, keju Oreo RM6.

Jika pelanggan datang serentak, Faiz Abdul Ghani tidak menang tangan melayan permintaan peminat apam balik.Jika pelanggan datang serentak, Faiz Abdul Ghani tidak menang tangan melayan permintaan peminat apam balik.Apam Balek FN juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di kawasan sekitar operasinya dengan pesanan minimum 10 keping.

Bagi anda yang mahu ke sini, ada dua jalan masuk. Kalau dari Jalan Parlimen, belok ke Jalan Tanglin, pasti bertemu masjid Bukit Aman.

Kalau dari Jalan Lembah berhampiran Masjid Negara, anda terus sahaja melalui tepi Taman Burung Kuala Lumpur, anda pasti bertemu masjid berkubah biru.

Lebih mudah, taip sahaja Masjid Bukit Aman di aplikasi peta Google anda. Semak juga Facebook: Apam Balek FN atau hubungi 017 208 1962.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline