Friday January 19, 2018
12:50 PM GMT+8

Lagi berita

Pau sambal bilis, antara 12 jenis inti Pau Pak Ngah di Ampang, Selangor yang diperkenalkan sejak diasaskan pada 1999. — Foto-foto ihsan Facebook/Pau Pak NgahPau sambal bilis, antara 12 jenis inti Pau Pak Ngah di Ampang, Selangor yang diperkenalkan sejak diasaskan pada 1999. — Foto-foto ihsan Facebook/Pau Pak NgahKUALA LUMPUR, 19 Jan — Keenakan pau buatan tangan Pak Ngah di Taman Bukit Indah, Ampang dekat sini menarik peminatnya yang tersendiri.

Mengambil alih daripada perniagaan ayah sejak enam bulan lalu, Muhammad Afiq Roslan berjaya menarik penggemar cilik hingga warga emas.

Tidak hairanlah 1,000 biji sehari, dengan inti 12 perisa, pau tiga generasi ini yang bermula datuknya habis terjual pada hujung minggu. 

Pau karbonara ayam, dengan keju dan cendawan, antara tiga jenis inti baru Pau Pak Ngah setelah diambil alih oleh usahawan muda Muhammad Afiq Roslan.Pau karbonara ayam, dengan keju dan cendawan, antara tiga jenis inti baru Pau Pak Ngah setelah diambil alih oleh usahawan muda Muhammad Afiq Roslan.Sembilan daripada 12 jenis inti itu dianggap pau tradisi, yang dijual sejak membantu ayahnya berniaga di situ kira-kira 12 tahun lalu.

Sejak Muhammad Afiq, 27, dan adiknya mengambil alih, mereka memperkenalkan tiga lagi perisa yang semakin menambat hati peminat setia pau Pak Ngah.

Inti itu adalah bolognis daging, karbonara ayam dan rendang daging, masing-masing RM3, mula masuk pasaran pada November lalu.

“Sebagai orang muda, kita perlu inovatif untuk menambahkah hasil pendapatan. Kita kena pemasaran untuk menarik generasi muda,” katanya kepada ProjekMMO

Pelakon popular Fahrin Ahmad (kanan) bergambar pada Mei 2017 di depan gerai Pau Pak Ngah, dekat Masjid Bukit Indah, Ampang.Pelakon popular Fahrin Ahmad (kanan) bergambar pada Mei 2017 di depan gerai Pau Pak Ngah, dekat Masjid Bukit Indah, Ampang.“Sebelum itu kita buat selidik dahulu, tiga kali juga buat [percubaan], bagi kawan-kawan rasa macam mana. Kita tengok maklum balas.   

“Sejak produk baru itu kita umum, seluruh peminat daripada anak kecil berumur empat tahun sampai warga emas 60 hingga 70 tahun [mahu rasa].”

Sementara sembilan lagi, tuna mayonis pedas, sardin cili api, bilis sambal, coklat, ayam kari, daging kari, kacang merah, kelapa dan kaya. 

Inti ayam rendang memang kelihatan menyelerakan buat peminat pau asli, buatan tangan Pau Pak Ngah.Inti ayam rendang memang kelihatan menyelerakan buat peminat pau asli, buatan tangan Pau Pak Ngah.Semua 12 jenis pau ini semurah RM1.80 hingga RM3, kata Muhammad Afiq, kini sibuk menguruskan kewangan, pemasaran dan tempahan. 

“Kita jaga kualiti. Kami masih berniaga di bawah khemah, kami masih tidak ada lot kedai,” jelasnya. 

Jualan pada hari biasa boleh mencecah 800 biji jika cuacanya bagus. Kalau hujung minggu, jualan bertambah 200 biji lagi. 

Perniagaan Pau Pak Ngah, dibuka sejak 1999, mampu menggaji 10 pekerja dengan keuntungannya itu. Lokasi cawangan baru masih dalam perancangan.

Pelanggan beratur untuk menikmati pelbagai perisa inti pau di gerai Pau Pak Ngah di Taman Bukit Indah, Ampang.Pelanggan beratur untuk menikmati pelbagai perisa inti pau di gerai Pau Pak Ngah di Taman Bukit Indah, Ampang.Lokasinya kini di tepi Jalan Bukit Indah 5, tidak jauh dari Masjid Bukit Indah, di depan restoran mamak Shamaju. 

Ia dibuka antara Ahad hingga Jumaat dari jam 2 petang hingga 10 malam.

Pelanggan boleh mencari lokasinya di peta Google atau melalui aplikasi Waze https://waze.com/ul/hw283gyjvx.  

Layari Facebook Pau Pak Ngah atau hubungi Muhammad Afiq di talian 016 287 5125. Mereka juga menerima tempahan antara 100 hingga 200 biji.

Iklan

Iklan

MMO Instagram