Monday February 12, 2018
2:56 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Zunar melancarkan buku baharu bertemakan isu politik semasa di Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor pada 13 September 2015. ― Foto oleh Saw Siow FengZunar melancarkan buku baharu bertemakan isu politik semasa di Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor pada 13 September 2015. ― Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 12 Feb ― Kartunis Zunar hari ini memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar perintah Menteri Dalam Negeri berhubung larangan mengedar, menjual serta percetakan sebuah buku karyanya berjudul "Sapuman: Man of Steal."

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam N Surendran yang mewakili kartunis itu dan Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob bertindak bagi pihak menteri dalam negeri dan kerajaan Malaysia selaku responden.

Surendran ketika ditemui pemberita berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas peguam kanan persekutuan tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan anak guamnya itu dan mahkamah menetapkan 27 Februari untuk pengurusan kes.

Zunar selaku pemohon memfailkan permohonan itu pada 2 Januari lepas, antara lain untuk membatalkan perintah menteri dalam negeri bertarikh 3 Oktober 2017 berhubung larangan terhadap buku itu dan memohon pengisytiharan bahawa perintah itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan serta bersifat ultra vires mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan itu, Zunar berkata beliau telah melancarkan buku baharunya yang bertemakan isu-isu politik semasa di Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor pada 13 September 2015.

Kartunis itu mendakwa menteri dalam negeri melalui Warta Kerajaan Persekutuan telah mewartakan satu perintah di bawah Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bahawa percetakan, pengimportan, penghasilan, penerbitan, penjualan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan buku itu adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia.

Zunar turut mendakwa warta berkenaan menyatakan alasan bahawa buku karyanya itu mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan menjejaskan fikiran orang ramai. ― Bernama

Iklan

Iklan

MMO Instagram