Thursday October 12, 2017
8:00 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Zamihan disiasat selepas polis menerima laporan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman. ― Paparan skrin YouTubeZamihan disiasat selepas polis menerima laporan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman. ― Paparan skrin YouTubeKUALA LUMPUR, 12 Okt ― Polis menahan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin susulan ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata Zamihan ditahan ketika memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada 3.50 petang semalam.

“Permohonan reman ke atas Zamihan (untuk membantu siasatan) akan dibuat esok [hari ini],” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana menghasut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata Zamihan disiasat di bawah akta itu selepas pihaknya menerima laporan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman. ― Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline