Saturday May 20, 2017
7:01 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Selepas Malaysia, pendakwah bebas Dr Zakir Naik yang diburu Interpol kini mendapat taraf kerakyatan Arab Saudi. — Foto oleh Yusof Mat IsaSelepas Malaysia, pendakwah bebas Dr Zakir Naik yang diburu Interpol kini mendapat taraf kerakyatan Arab Saudi. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 20 Mei — Pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik kini mendapat taraf kerakyatan Arab Saudi bagi melindungi dirinya daripada ditahan polis antarabangsa (Interpol).

Laporan Middle East Monitor yang memetik sumber berkata kerakyatan itu diperoleh dengan sokongan Raja Salman Abdulaziz Al Saud, dikatakan dapat melindungi Dr Zakir yang kini diburu pihak berkuasa India.

Seperti Malaysia, India juga tidak mengiktiraf penduduknya yang memiliki dua taraf kerakyatan.

Namun tidak diketahui sama ada Dr Zakir, yang sebelum ini didedahkan mendapat taraf penduduk tetap (PR) oleh kerajaan Malaysia lima tahun lalu, memohon atau menerima kerakyatan Arab Saudi.

Notis merah dikeluarkan kerajaan India terhadapnya untuk siasatan kes keganasan dan pengubahan wang haram.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline