Sunday July 16, 2017
10:44 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Zahid berkata bakal haji perlu memperbanyakkan rasa syukur kerana terpilih mengerjakan ibadat haji tahun ini. ― Foto BernamaZahid berkata bakal haji perlu memperbanyakkan rasa syukur kerana terpilih mengerjakan ibadat haji tahun ini. ― Foto BernamaBAGAN DATUK, 17 Julai — Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mengizinkan jemaah haji pada tahun ini bergaduh mengenai politik ketika berada di tanah suci.

Timbalan perdana menteri berkata jemaah haji di Malaysia sudah diiktiraf sebagai yang terbaik oleh kerajaan Arab Saudi maka ia harus dipertahankan.

“Jangan berbincang mengenai politik ketika berada di sana, walaupun berbeza fahaman politik, pegangan dan ideologi.

“Saya tidak izinkan bergaduh di sana, jangan bincang (politik) di Tanah Suci.

“Di sana kita menjadi tetamu Allah, lupakan dan tinggalkan perkara ini dekat belakang,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian ketika meraikan bakal haji di Sungai Sumun di sini hari ini.

Zahid berkata bakal haji perlu memperbanyakkan rasa syukur kerana terpilih mengerjakan ibadat haji tahun ini.

Katanya, masih ramai umat Islam yang belum berpeluang ke tanah suci walaupun sudah mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji.

“Jika kita mendaftar haji pada tahun ini, kita akan mendapat giliran menunaikan haji 107 tahun akan datang.

“Itu sebabnya, kita kena bersyukur kepada Allah kerana mendapat peluang ini.

“Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin dan dapatkan keberkatan di Tanah Suci,” beliau dilaporkan berkata. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline